Wednesday, October 28, 2009

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Contest time! Macam-macam contest nampaknya sedang berlangsung kat malaysian bloggers akhir2 ni, dah tak terkejar... kali ni berminat nak join Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel dari SMILEYKIDZ. Hadiah pun menarik!! Harap2 adalah rezeki untuk puteri dan putera manja mama berdua ni....

PESERTA 1

Nama Si Comel
FAJAR SUMAYYAH

Umur
3 Tahun 3 Bulan

Ni gambar terbaru yang berjaya disnap oleh baba di Shah Alam semalam. Selepas pergi Konvokesyen angah kat UITM.. kami berpiknik kat Taman Tasek Shah Alam. Fajar mestilah seronok sebab ada playground.. tengok sahaja pada senyuman yang terukir kat wajahnya sudah cukup menggambarkan betapa puteri mama ni cukup gembira. Dah tak hirau nak makan.. nak main jer lah.

PESERTA 2

Nama Si Comel
MUHAMMAD

Umur
1 Tahun 11 Bulan

Ni pulak hero mama... gambar masa Ramadan tempohari.. cam biasa ah hero ni ceria sokmo... sekarang tak lekat duduk satu tempat, nak berlari jer keje dia.. kalau betempik tu riuh satu rumah... sekarang pantang orang tanyer nama sape? cepat jer dia jawab MUHAMMAD.. lepas tu kena cakap cantiknya nama.. mesti dia akan tersengih2 perasan.. hihihihihi

With love,

Monday, October 26, 2009

Berkongsi Mimpi

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Alhamdulillah... nampaknya mata kami dah sembuh sepenuhnya. dah masuk ofis dan sekarang pun beronline dari ofis. Waktu rehat yang sedikit ni ku gunakan untuk membuat entry. Owhhh... teruk sangat rasanya sepanjang minggu lepas tak dapat nak beronline dari rumah cam biasa, teruk betul coverage internet... abang ku lihat seperti ayam hilang anak.. hihihihi. Kepada teman2 yang tidak sempat ku kunjungi blog kalian.. minta maaf byk2.. tapi alhamdulillah rasa teruk sbb tak dapat nak beronline tu hilang kerana minggu lepas jugak tak putus2 menerima tetamu, kawan abang, abangku sekeluarga dan hingga hari ni pun masih ada kakak sulung ku sekeluarga di rumah.. ke sini atas urusan menghadiri majlis konvokesyen anak buahku yang inshaAllah akan berlangsung di UITM esok pagi. Yang paling seronok bila terima kedatangan tetamu ni mestilah tiga sekawan yang cilik tu. Riuh rendah lah deme dan tidur pun sehingga 12 malam baru boleh tidur.. cam biasa ah over excited.

Hari minggu pun meriah sakan bila ada sepupu2 deme ni, bermula jumaat lagi duk bermain sakan dengan Kak Ada n geng, hari sabtu ke kolam renang UIA dgn Angah Jamie dan hari Ahad semalam bersarapan di Ulu Yam dan mandi manda di sana. Seronok sungguh deme tu semua! Teringat pulak zaman kanak-kanak dulu, arwah ayah memang suka bawak kami adik beradik mandi, tapi dulu2 kami tak der lah mandi kolam renang atau taman tema, biasanya ayah akan bawa kami ke pantai atau pun sungai dan air terjun. Macam2 aktiviti yang kami lakukan... memang seronok sangat waktu tu... tambah2 kalau bersama sepupu2, lagi ramai lagi best... agaknya itulah perasaan yang anak-anakku rasakan kini....

Macam kalian juga sememangnya hari minggu adalah hari yang dinanti2, hari untuk bersama tersayang dan minggu ini menjadi minggu menerima tetamu buat kami sefamily. Hari minggu juga biasanya kami sekeluarga akan berkongsi mimpi. Setiap dari kita mesti biasa mengalami pelbagai mimpi kan? Itulah yang kami kongsikan sekeluarga. Bukan bermakna kami akan bermimpi kisah yang sama tetapi biasanya aku akan menceritakan apa yang aku mimpikan malam tadi kepada abang dan anak-anak. Begitu juga abang akan berkongsi apa mimpinya...


Dan kini setelah anak-anak mula mengerti apa itu mimpi nampaknya mereka juga berkongsi mimpi dengan kami... mishkah ku rasakan sudah pandai mengolah mimpinya dengan cara yang tersendiri, manakala anakanda Fajar mungkin sedikit berbeza versinya kerana bila dia bercerita asyik cerita mimpikan mama jer.. lagi satu mimpikan warna kegemarannya.. apa lagi kalau bukan warna pink. Semuanya adalah pink! Tergelak besar mama mendengar ceritanya.. Makin meriah nampaknya perkongsian mimpi kami. Munglkin cerita anak2 kecil tidak sehebat cerita orang dewasa tapi sekurang2 nya dengan berkongsi mimpi, ku merasakan ku dapat develop beberapa kemahiran dalam diri anak-anak. Mungkin dapat ku develop :
  1. Keupayaan anak-anak untuk mengolah apa yang mereka alami di alam mimpi kepada dunia realiti.
  2. Menggalakkan mereka untuk bercerita dan berkongsi apa yang mereka lalui.
  3. Meningkatkan kemampuan berbahasa pada peringkat umur mereka.
  4. Memupuk satu sikap jujur dalam diri mereka dengan menceritakan mimpi yang benar.
  5. Memupuk daya imaginasi yang kreatif.
  6. Melahirkan anak-anak yang dapat berkomunikasi dengan yakin.
  7. Salah satu cara untuk ibubapa memberitahu anak2 bahawa mereka sentiasa bicara dan luahan anak-anak didengari seterusnya merasakan mereka dihargai.
  8. Dalam masa yang sama pasti ia berguna untuk menajamkan daya ingatan mereka.
Sudah pastinya akan ku teruskan aktiviti berkongsi mimpi ni dalam family kami ni kerana ia mampu membentuk pelbagai kemahiran penting dalam perkembangan minda kanak-kanak, cuma sebagai ibu bapa kita perlu pintar agak tiada unsur penipuan dalam cerita2 mereka sebaliknya kita bagi peluang kepada mereka untuk mengembangkan mimpi sebenar mereka kepada sesuatu yang lebih kreatif dengan kita membuka satu ruang kepada mereka untuk menjadikan apa yang mereka mimpikan menjadi lebih kreatif bermanfaat buat mereka. Dan bagiku paling penting kala kita berkongsi mimpi sebenarnya kita menghabiskan quality time bersama mereka2 yang kita sayangi....

With love,


Thursday, October 22, 2009

Shawwal Yang Berlalu

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Terima kasih atas perkongsian petua dan doa dari kalian untuk entri ku yang lepas. Bahagia sangat rasanya bila mengetahui ada sahabat2 yang sudi mengambil berat tentang kami... walaupun antara kita tak pernah pun ketemu tetapi alhamdulillah ada ikatan yang tersendiri antara kita. Cuma mungkin sebagai tambahan tips berguna untuk mempercepatkan proses penyembuhan yang aku perolehi dari doktor :
  1. Elakkan dari terkena cahaya matahari.. maksudnya kena berkurung dan berehat dalam rumah. Dalam erti kata lain.. tak payah lah nak jalan2 sana sini! (Cam susah sikit nak ikut kan? hihihihihi)
  2. Kerap mandi dan cuci mata.
  3. Hindarkan makanan yang boleh sebabkan gatal macam ayam, udang, sotong dan makanan yang anda alah.
  4. Kena ambil ubat seperti yang disyorkan oleh doktor.
Ku sekarang ber online dari rumah.... masih lagi MC kerana sakit mata. Alhamdulillah dah semakin pulih tetapi doktor nasihatkan berehat sehingga pulih sepenuhnya.. InshaAllah esok mula masuk ofis. Lama sungguh MC kali ni, sepanjang tahun ini kami berdua tak pernah MC lagi tetapi sekali MC... haaaaa sampai 6 hari berturut2. Begitu jugak abang masih MC sehingga hari ini. Seronok dapat berehat di rumah bersama2 abang di kediaman kami.. kalau lah ini rutin harian kami yang sebenarnya... Sungguh menenangkan dan memang best!! Moga tercapai juga hasrat untuk bergelar SAHM...

Dah habis Ramadan dan Shawwal kini ZulQa'idah muncul... bakal bermula musim haji, satu permulaaan perjalanan buat yang akan bergelar tetamu Allah. Moga kami juga akan berpeluang menjadi tetamuMu juga Ya Allah. Memang Ramadan dan Shawwal dua bulan yang sering kita kaitkan dengan kemuliaannya yang tersendiri... jadi sewajarnyalah untuk kita mengambil sedikit ruang untuk kita memuhasabahkan apa yang telah kita lalui sepanjang dua bulan ini.
  • Mungkin boleh ku mulakan dengan menilai apakah amalan yang mampu dijadikan sebagai bekal untuk bertemu dengan Allah nanti. Dapatkah kita raih bonus yang telah Allah janjikan di bulan Ramadan?
  • Di bulan Shawwal pulak... kemeriahannya memang terserlah dengan takbir yang kita alunkan, diindahkan lagi dengan baju baru yang berwarna-warni, saling ziarah-menziarahi sesama kita serta jamuan raya di sana sini. Tetapi adakah Shawwal kita kali ini melambangkan bahawa kita meraikan kemenangan umat Islam dalam erti kata yang sebenar atau sekadar kita sekadar berhabis duit untuk membuat segala keperluan hari raya kita. Paling ingin dijauhi sekali ialah agar tidak hadir walaupun sekelumit rasa riya' bertandang dalam hati.
  • Moga dapat meneruskan rasa syukur atas segala ni'mat dari Allah Taala untuk kita sepanjang kita bergelar khalifah di muka bumi ini.
Muhasabah ini ku kira untuk diriku sendiri yang sering sahaja lupa... moga mampu menyedarkan kita akan destinasi sebenar kita kerana dunia ini hanya sementara.. akhiratlah yang kekal abadi dan alangkah bertuahnya kita andai dapat untuk kita seimbangkan kedua-dua keperluan ini. Dan semoga dapat kita ketemu lagi dengan Ramadan dan Shawwal yang akan datang.. meni'mati keindahan dan kemeriahannya!

With love,

Saturday, October 17, 2009

Serangan Sakit Mata

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Pagi2 anakanda mishkah request bihun goreng.. dah sarapan semuanya. Hari ini dan esok banyak sungguh jemputan open house yang perlu kami penuhi.. tapi tak tahulah dapat penuhi atau tidak sebab kami berlima diserang sakit mata!

Bermula dengan anakanda fajar, aku sendiri, muhammad, mishkah dan akhir sekali hari ni abang pulak yang kena.. Anakanda 3 orang tu cepat jer sembuh, tapi aku dah hari ketiga hari ni.. Khamis dan Jumaat dapat MC, hari belum baik lagi nampaknya... Abang pulak baru kena hari ni... kesian kat abang.. aku sendiri dah merasai bagaimana dan betapa tak selesanya rasa bila mata berpasir, bengkak dan pedih2, gatal dan air mata asyik keluar jer....

Plan asal hari minggu kali nak memenuhi semua jemputan ke open house.. tak tahulah camne tu, mungkin hanya sekadar di rumah. Malam ni jer lah kot join open house anjuran penduduk Taman kediaman kami ni... khemah pun dah terpasang depan rumah ni. Kawan2 dan sepupu yang menjemput kami minta maaflah sebab tak dapat nak meriahkan majlis kalian.. bukan tak sudi tapi betul2 keuzuran kami ni. Semalam pun dah miss program open office kat Library kami. Tak pe lah... sekadar berehat di rumah bila dapat MC tu, nasib lah abang sudi EL temankan aku kat rumah.. tak de lah rasa sunyi sangat.. duk meneman aku kat rumah... last2 hari ni abang pulak yang kena sakit mata. Moga abang cepat2 sembuh lah. Pastinya ujian sakit ni sebagai kafarah buat kami. Tapi inshaAllah hari minggu tetap suatu yang menggembirakan as long as kami dapat bersama....

Melalui searching kat internet jumpalah pelbagai petua untuk mengatasi sakit mata ni. Antara yang paling glemer ialah :
  1. Letakkan susu ibu kat mata.
  2. Letakkan madu asli kat mata.
  3. Letakkan susu kambing kat mata.
  4. Ni petua dari jiran.. pakai cermin mata hitam.
Petua yang ke 4 tu ku cuba.. alhamdulillah bila pakai cermin mata.. kurang rasa pedih dah radang kat mata.. air mata pun tak keluar. Maka 3 hari bercermin mata hitamlah aku kat dalam rumah.. hihihihi. Anak2 pun tengok aku lain macam jer. Agaknya duk fikir napelah mama ni pakai cermin mata hitam kat dalam rumah.

With love,


Thursday, October 15, 2009

Ulang Tahun Ke 2 Muhammad

Bismillah al-Rahman al-Rahim

26 Shawwal 1428.. jam 3.15 pagi, putera baba dan mama mula mengenal dunia! 9 bulan di dalam kandungan mama... akhirnya keluar putera yang kami tunggu2! Alhamdulillah putera mama yang pada ketika itu seberat 3.0 kg dengan ketinggian 55 cm detik ini telah pun mencecah usia dua tahun.. membesar sebagai hero mama dan baba, adik manja untuk kekanda mishkah dan fajar... Inilah rupa putera baba dan mama pada hari pertama kelahiran.. pengalaman yang tidak mungkin mama lupakan sepanjang hidup mama...

Di DEMC

Di kediaman kami

Di pangkuan mama....saat ini cukup indah buat mama dan baba... baby yang lahir dengan berat 3.0 kg kini kian membesar.. sedah pandai berkomunikasi, memberikan senyuman indah dan setiap pergerakan muhammad kala itu cukup menyentuh hati baba dan mama.

Di Usia 1 Bulan

Di Usia 3 Bulan

Pada usia 6 bulan..... tawamu cukup menghiburkan! Suaramu bergema memenuhi kediaman kami ingin sama-sama memeriahkan suasana bersama kekanda berdua tu. Dah expert meniarap dan mula merangkak... ceria sungguh dunia muhammad!


Shawwal 1429, di usia 11 bulan.... Aidilfitri pertama untuk Muhammad. Mama suka tengok muhammad berbaju melayu serba merah.. tambah segak dengan songkok di kepala. Meraikan kemuliaan Shawwwal dengan caranya yang tersendiri...


Kini usia Muhammad genap setahun.. mula bertatih. Belajar jatuh dan bangun. Muhammad terus belajar dan belajar berbekalkan ilham yang dianugerahkan Allah... Alhamdulillah keluarga kami makin meriah dengan kehadiran si kecil ini... makin ceria jadinya.


Pada usia setahun setengah pulak.. Muhammad dah laju berlari hingga termengah2 kami nak mengejarnya.. kala ini juga ada bicara2 comel yang keluar dari lisan Muhammad.. sungguh sedap kedengaran di telinga mama walau mungkin sedikit sukar untuk difahami... dan sudah memahami apa bicara kami buatnya....


Lepas maghrib tadi tatkala masuk 26 Shawwal 1430 sempatlah raikan hero kami ni.. mama sponsor kek kereta warna biru... baba pulak beli sate antara makanan kegemaran 3 beradik tu.. seronoklah deme, kebetulan pulak abang ku, yang dipanggil ayah de oleh 3 beradik tu bertandang ke rumah kami...


Dan tengoklah apa hadiah baba untuk satu2nya anak lelaki kesayangan dia tu... senyum sorang2 mama tengok kasut ni.. pada pandangan mata mama hadiah ni so cute!!!

Dah dua tahun anakanda mama ni... sekejap jer masa berlalu, pastinya baba dan mama merindui zaman baby muhammad. Moga membesar dengan sihat serta cerdas dan terus menjadi penghias hidup family kami dan InshaAllah bergelar anak soleh...

With love,

Tuesday, October 13, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest

Bismillah al-Rahman al-Rahim

HoHoHo.. dah lama tak masuk contest! Banyak yang terlepas sepanjang bulan Sept dan awal Okt ni.. niat tinggal niat jer nampaknya, mungkin ketibaan Ramadan dan Shawwal ni menjadikan jadual agak padat dan ruang sedikit terhad untuk aktif masuk contest. Tapi Si Comel Berbaju Raya Contest anjuran BabyIbu ni cukup menarik untuk ku lepaskan.. sesuai sungguh contest ni di bulan Shawwal yang masih berbaki ni...

Hadiah- menarik yang ditawarkan adalah tajaan dari :


Contest kali ni tak tetapkan syarat umur si comel jadi mestilah tak lepaskan peluang ni untuk cuba nasib ketiga-tiga anakanda ku itu... ada dua kategori nampaknya. A untuk boy dan B untuk girl. Ku mulakan dengan kategori A dululah...


Kategori A

Nama Si Comel
MUHAMMAD

Umur
1 Tahun 11 Bulan

Tengoklah gambar skema hero baba dan mama ni.. tersipu-sipu pulak tu! Tahun ni tahun ke dua Muhammad menyambut Shawwal.. dialah yang paling ligat time raya, penat baba mengejar hero ni! Baju tu cam biasa dibasahi air liur... dah nak masuk dua tahun ni Muhammad, tak kering2 lagi air liur tu.. nanti kena lap sendiri lah air liur tu! Hihihihihi

Kategori B

Peserta 1

Nama Si Comel
FAJAR SUMAYYAH

Umur
3 Tahun 2 Bulan

Tu dia pose istimewa dari puteri kedua baba dan mama ni! Gambar dia paling susah nak snap.. nak kena ikut mood dia, kalau OK maka cantiklah gambar kami.. kalau mood dia tak OK kena banyak sabarlah. Fajar ni peminat ekstrem warna pink.. bila mama belikan baju raya warna pink bersorak sakan lah dia... raya kali ni Fajar merasai pengalaman baru bermain bunga api.. dah tak takut! Terlebih berani pulak!

Peserta 2

Nama Si Comel
MISHKAH KHADEEJA

Umur
5 Tahun 1 Bulan

Ni pulak puteri sulung kami... Cam tahun2 lepas, Mishkah cukup excited menyambut hari raya.. seperti biasa Mishkah seronok bermain bunga api, makan2, jumpa sedara mara dan kawan dan semestinya bertambah gembira bila dapat duit raya! Sepanjang hari raya langsung tak tidur siang anak mama ni... di tahan mata dari tidur supaya tidak terlepas detik2 indah di Hari Raya.

OKlah.. harap2 penyertaan 3 Si Comel mama dan baba ni akan di terima oleh BabyIbu. Hadiah2 nyer tu cukup menambat hati mama ni... kalau dapat menang seronok kan? Tapi menang atau tidak tu rezeki masing2lah.. yang penting memberi sokongan sesama bloggers dan saling memeriahkan dunia blog ni!

Gambar ni pulak bukan untuk contest yer.. sahaja letak kat sini sebagai halwa mata, suka tgk anak-anak mama tersusun elok ikut ketinggian, hampir sama besar deme bertiga ni. Kalianlah permata hati kami, penghibur kami, penawar suka duka kami, harta kami yang paling mahal dan tak ternilai harganya. Kalianlah segala-galanya buat kami! Sungguh mama dan baba bersyukur dianugerahkan anak-anak seperti kalian.....

With love,

Sunday, October 11, 2009

Shawwal Yang Berbaki..

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Shawwal yang masih berbaki ini... masih ada jamuan raya yang perlu kami penuhi. Hari minggu ni semestinya penuh dengan open house sana sini. Pendek kata gantung periuklah kat rumah.. bila memenuhi jemputan rasa puas hati dan kanak-kanak tu lah yang seronok.. pendek kata makan lebih banyak dari kita yang dewasa ni. Tambah seronok anak-anak bila dapat duit raya. Baba dan mama jgklah yang letihh... letih mengejar! terutamanya hero kami nan seorang tu.. hihihihihi. Tapi segala letih tu hilang tatkala melihat senyuman dan gelak ketawa yang terzahir di wajah mereka...

Hari Jumaat tu aku dan abang turut sama2 memeriahkan Sambutan Hari Raya anjuran Kelab Staff Library. Sebagai sebuah department yang terbesar dia UIA ni.. mestilah meriah majlis Library ni. Masing2 bergaya dengan baju raya yang berwarna warni. memang penuh dengan warna.. cuma aku jer lah maintain dengan warna coklat.. :)


Tadi pulak.. paginya kami ke Pesta Konvo yang sedang berlangsung.. ada peraduan mewarna. Mishkah turut serta meriahkan acara ni.. Fajar pulak selaku peserta tak berdaftar , jadilah dia peserta paling cilik. Anak mama tak menang apa-apa pun.. yerlah nak bersaing dgn peserta umur 9 tahun.. mesti awal2 dah kalah kan! Tapi sajer nak dedahkan dia dgn aktiviti2 luar sebegini. Mishkah dan Fajar pun nampak cukup happy sekali...

Untuk Kategori 5-9 tahun

Tu dia.. peserta2 nya!

Posing jap!

Mishkah siap meniarap lagi tu!

Fajar pun nak join jugak! Peminat tegar warna pink, semua jadi pink!

Dah siap!!

Akak.. ni Mishkah punya!!

Sekarang semua duk berehat tu, bermain dan bergelak ketawa cam biasa lah.. nanti mesti ada suara tangisan mana2 sorang tu! Esok bermula weekdays.. kembali ke rutin biasalah! Mood mama pun dah lain macam ah bila kenangkan hari Isnin. Hari minggu memang cukup indah walau pun hanya sekadar di rumah!

With love,

Wednesday, October 7, 2009

Insan dan Ruh Iqra'

Bismillah al-Rahman al-Rahman

Masih berbaki sikit lagi selsema mama ni, dah OK sangat dah hari ni... dengan memakan apple hijau dan orange nampaknya berkesan tanpa memerlukan bantuan apa-apa drugs, mungkin sedikit lambat penyembuhannya tetapi aku lebih suka begitu, lainlah kalau diikuti dengan demam.. anak-anak alhamdulillah kebal tidak pula dijangkiti selsema mama ni.

Jugak alhamdulillah dapat meneruskan kerja ofis seperti biasa... sekarang duk pulun buat koleksi buku Islamic Finance... nak kena master dalam bidang ni barulah boleh ku hasilkan kualiti kerja yang bagus.. kena banyak membaca, membaca dan membaca! Alhamdulillah berada dalam position ku sekarang membuka ruang untuk ku mempelopori semua bidang ilmu.. mungkin tidak secara mendalam tetapi inshaAllah asas-asasnya dapat kami perolehi. Hari ni juga diminta isi appraisal form.. alhamdulillah dapat capai semua target yang telah bos tetapkan untukku setakat ini. Moga dapat ku pasakkan dalam diri bahawa aku ini berkerjaya semata-mata kerana Allah.. inshaAllah. Ku menyedari semua jalan ini sebenarnya adalah ketetapannya dari Allah Taala dan sebagai hambaNya.. sepatutnya aku bersyukur atas segalanya.

Dua tiga hari ini pulak.. byk menerima emel dari colleagues dan sahabat2 tentang ini. Information Literacy Awareness!! Sebagai information professional... perkara ini sebenarnya cukup sinonim dengan kami! Sebab itu ianya pasti menarik perhatian kami.. masa kat UM dulu pun, Reading & Information Literacy adalah salah satu paper yang perlu kami ambik untuk lengkapkan ijazah sarjana kami. Tambah pulak diajar oleh lecturer yang hebat menjadikan paper ini sangat menarik sekali!

Dan dalam proclaimation Barack Obama ini ada menyebut " I call upon the people of the United States to recognize the important role information plays in our daily lives, and appreciate the need for a greater understanding of its impact." Menarik sekali seruan dari Presiden US ni.. mengajak warga US mengenalpasti peranan maklumat di dalam kehidupan seharian dan menghargai keperluan untuk memahami kesan maklumat di dalam kehidupan seharian. Seruan ini sesuai untuk semua orang bukan hanya untuk warga US tetapi diri kita yang setiap hari sebenarnya berhadapan dengan maklumat lebih-lebih lagi di zaman maklumat yang diibaratkan berada di hujung jari kita.

Di dalam Islam sendiri sebenarnya perkara utama yang ditekankan ialah information literacy.. ini terbukti dengan wahyu dari Allah Taala dalam surah al-'Alaq. Pasti kita mengetahui tentang sejarah bilamana Rasulullah SAW pertama kali diturunkan wahyu kepada baginda.. Jibril telah mengarahkan baginda dengan perkataan IQRA'! Ini menunjukkan jelas kepada kita tentang kepentingan information literacy ni dalam kehidupan kita dan Islam. Ruh iqra' inilah yang perlu kita ambil dan aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Bacalah! Dengan ruh ini ia mampu menjadi satu anjakan untuk umat Islam bagi melahirkan umat yang terbaik. Ruh ini jugalah yang akan menjadi motivasi untuk kita menuntut dan mencari ilmu ke seluruh pelusuk dunia. Sejarah lampau sendiri telah memberi satu lembaran kepada kita bagaimana lahirnya tokoh2 terbilang seperti Saydina 'Ali, Ibn Sina, Ibn Rushd, al-Khawarizmi yang menjadi kebanggaan kita hingga kini.. bukankah mereka itu pencinta2 ilmu dan maklumat?? Dengan ruh Iqra' inilah mereka menonjolkan kehebatan diri mereka...

Lantaran itu.. untuk menjadikan diri kita insan yang hebat, kita memerlukan kepada ruh dan semangat ini... kita perlu mengenal pasti tentang kepentingan maklumat dan ilmu dalam hidup kita. Semua ini perlu kita mulakan dengan menghayati ilmu serta jelas kepada konsep ilmu yang sebenarnya. Kita sekarang di dalam zaman lambakan maklumat.. lambakan tersebut tidak akan memberi makna tanpa kita membaca, membaca dan membaca. Moga kita mampu menjadi dan melahirkan generasi berilmu, bermaklumat serta memanfaatkan ilmu dan maklumat tersebut dalam kehidupan kita!

With love,

Monday, October 5, 2009

Jamuan Raya Sana Sini

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Selagi tak habis Shawwal ni.. selagi tulah tak habis bercerita pasa raya kan.. kalau minggu pertama mesti pasal raya kat kampung sekarang ni meriah dengan jamuan raya pulak. Kami sendiri seawal tiba jer dari kampung terus ada jamuan Shawwal hampir tiap malam di kejiranan kami ni.. anak-anak memang suka bila terima jemputan ni.. budak2 gitulah, beriya deme makan!

Hari Jumaat tu pulak kat kindi Mishkah dan Fajar buat jamuan Hari Raya.... siap pakai baju raya bagai.. awal pagi bangun dua beradik tu nak ke sekolah... mintak mama gosokkan baju raya.. minta mama isikan bekas dengan kuih raya.. kerepek tak nak bawak.. bukan kuih raya katanya.. nak bawak yang cute2 sahaja! Petangnya balik jer dari sekolah tak henti2 cerita pasal jamuan raya sekolah deme. Excited sungguh!


Kat ofis pulak hari Jumaat tu jugak ada IIUM Shawwal Gathering bersama Sultan dan Sultanah Pahang! Meriah dengan pelbagai hidangan tradisional dan juga hindangan antarabangsa. Tapi sate juga yang ku makan.. lain2 makanan tak lalu. Abang mestilah mencuba semua resepi yang ada dari makanan arab hinggalah makanan cina. Memang meriahlah dengan makanan dan Sultan dan Sultanah ni very friendly.. turun padang meninjau makanan dan bersalam dengan staff.. dapatlah bersalam dengan sultanah. Both of them are very friendly!

Hari Sabtu dan Ahad aktiviti jalan2 cari makan lagi.. bukan apa, bila dijemput maka perlulah kami memenuhi undangan. Hari Sabtu tu ke rumah bapa saudara abang... jumpa pakcik dan makcik serta anak2 yang tak pulang kelantan masa raya hari tu, meriahlah cam hari raya pulak... dinner kat sana, malam baru balik rumah. Hari Ahad perjalanan kami ke rumah kawan-kawan dari Gombak hinggalah ke Semenyih.. juga lewat malam baru sampai rumah., hinggakan jiran dah sms tanya kami duk mana sbb risaukan kami tak balik2 lagi..hihihi..... budak2 tu seronok sakanlah, beriya deme makan, jumpa member2.. tambah pulak dapat duit raya.. mama ni tak payah cerita, penatlah tapi masa nilah nak ziarah dan dapat berjumpa mata teman2 yang mungkin hanya ketemu setahun sekali. Puas hatilah dapat penuhi jemputan kawan2. Terima kasih pada yang menjemput! Pastinya minggu depan pun akan penuh dengan jemputan raya jugak.... Moga2 rumah terbuka sempena Aidilfitri boleh mengeratkan silaturrahim, mengutuhkan perpaduan dan menyuburkan muafakat sesama manusia.

With love,

Blog Widget by LinkWithin