With love,
Tuesday, September 29, 2009
Dari Tasik Kenyir
With love,
Friday, September 25, 2009
Dalam Raya Ada Cerita
1 Shawwal
Alhamdulillah dapat berkumpul abang 5 beradik bersama 10 cucu bonda mertua. Meriahnya tetap terasa walaupun bukan di tempat kelahiranku dan family abang tidaklah sebesar familyku.. ada kemeriahannya tersendiri.. anak-anak pun girang jer... tiga2 tu turut sama ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Selepas solat menerima tetamu.. tengahari mula bergerak ke rumah saudara mara dan kawan-kawan abang. Maghrib sampai rumah.. Anak-anak tak yah ceritalah.. over excited! Bertenaga sampai malam sambung dengan main bunga api. Tak tahulah kul berapa deme tu tidur! Mama awal2 dah pengsan...
2 Shawwal
3 Shawwal
4 Shawwal
5 Shawwal
6 Shawwal
With love,
Tuesday, September 22, 2009
Eid Mubarak 1430
Saturday, September 19, 2009
29 Ramadan - Dari Pasir Puteh




Malamnya pulak...... mercun dan bunga api bersambung-sambung satu kampung! Riuh rendah jadinya.. macam sambutan tahun baru pun pulak, mishkah dan fajar dah berani dengan bunga api nampaknya tu.. tu sedang bermain dengan che su dan sepupu2. Nampak terserlah kegirangan anak-anak! Mama dan baba pun cerialah.....
Bermula maghrib tadi.. maka menjelma lah Shawwal, kalau kanak-kanak seronok.. kita yang dewasa ni pasti terasa akan pemergian Ramadan yang sentiasa ditunggu.. namun hari raya sebenarnya satu hari kemenangan buat umat Islam setelah sebulan berada di bulan Ramadan. Begitulah lumrah alam.. masa pasti berlalu, Ramadan akan berganti dengan Shawwal. Moga berpeluang bertemu dengan Ramadan akan datang!
With love,

Friday, September 18, 2009
28 Ramadan - Dari Permaisuri
Bertolak malam tadi kul 12 dari Gombak.. sempatlah dengan tol free tu! Alhamdulillah perjalanan lancar.. kenderaan bertambahlah dari biasa tapi tak derlah kami stuck dalam jam atau lain2 masalah pun.. cuma ada berhenti tidur jer.. biasalah waktu2 gitu driver ngantuklah.. alhamdulillah selamat sampai ke Bandar Permaisuri pagi tadi seperti yang dirancang. Dapat berbuka puasa dengan bonda dan keluarga... meriah sungguh berbuka ramai2 dan antara hidangan yang menjadi santapan kami tadi.....
Siang penat bermain budak2 tu semua.. malam pulak dengan bunga api pulak. 3 beradik tu semua penakut nak pegang bunga api tapi excited tengok sepupu2 deme main. Dah penat sangat.. semua tertidur tu. Esok pulaklah meneruskan agenda seterusnya ke Pasir Puteh.. berbuka puasa bersama bonda mertua dan keluarga di sana pulak. Ketemu di entri 29 Ramadan - Dari Pasir Putih... InshaAllah!
With love,

Thursday, September 17, 2009
Wednesday, September 16, 2009
JL Bunch Pre Hari Raya 1430H
JL Bunch Pre Hari Raya 1430H
@
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
With love,
Tuesday, September 15, 2009
Just Give Me Your Smile
Berbuka Maghrib tadi dengan hidangan nasi kerabu... kami biasanya kalau masak nasi kerabu akan masakkan sambal kelapa dan tumisnya dalam jumlah yang agak banyak.. jadi bolehlah tahan untuk dua tiga hari. Masak semalam.... dan hari ini hari kedua berbuka dengan nasi kerabbu.. tiada masalah kerana kami berdua memang penggemar nasi kerabu. Aku sendiri dua hari ni makan dalam jumlah yang agak banyak... abang pun happy jer tengok aku berselera sebab sebelum ni susah sangat rasanya nak habiskan 1/4 pinggan nasi sekali pun..
Ramadan kami kali ini diserikan dengan tiga wajah tersayang tu dan sebenarnya baby di dalam kandungan mama pun menghayati Ramadan ni kerana turut berpuasa bersama-sama mama. Menempuh kemeriahan Ramadan bersama anak-anak kecil bukanlah suatu yang mudah dan senang. Bukan bermakna aku merungut.. tetapi berkongsi cerita dan pengalaman bagaimana menjadi ibubapa sebenarnya suatu pengorbanan dan menuntut kita untuk menjadi insan yang paling sabar terutamanya pasangan seperti kami yang tidak mempunyai pembantu rumah.. mana taknya saat azan maghrib hampir berkumandang ada jer suara2 nak membuang air kecil lah, buang air besar lah, nak tukar baju lah, nak main nilah, itulah.... Begitu juga saat kita ingin menikmati kebahagiaan berbuka puasa... saat itu mereka juga sibuk nak itu, nak ini, nak air, minta disuapkan, minta diribakan, minta disusukan... dan saat itu juga akan ada peristiwa air tumpah, nasi berterabur, tiba2 juga akan ada suara tangisan dan macam2 lagilah. Begitulah sedikit gangguan untuk mereka yang bergelar ibubapa kepada anak2 yang masih kecil yang belum pandai lagi berdikari. Kalau masa anak seorang dulu masih lagi terkawal keadaannya tetapi kalau dah lebih dari dua ni, sedikit kecohlah suasananya. Semua itu sebenarnya menuntut kepada kesabaran yang tinggi dan mengawalnya dengan betul supaya ia tidak menjadi satu stress buat kita sebaliknya kita jadikan keletah dan ragam mereka sebagai satu perkara yang menggembirakan dan menghiburkan. Kita switch perkara yang kita nampak negatif itu kepada sesuatu yang positif yang boleh memberikan senyuman dan gelak ketawa buat kita. InshaAllah semuanya akan berjalan dengan baik. Dan pastinya kecoh dan bising mereka ini akan kita rindukan suatu masa nanti!

Berbicara soal senyuman, teringat dialog aku dan abang masa aku tgk abang sibuk mengemas dapur hari minggu yang lalu. Dalam abang duk sibuk tu.... aku yang tak bermaya ni rasa sungguh bersalah dan bersuara.. "Sayang! How may I help you?" Abang dalam senyum sambil memegang pipiku menjawab "Just give me your smile!". Harap tak de salah faham yer kat sini.. bahasa rasmi dalam rumah kami ialah slang Terengganu dan Kelantan... sekali sekala jer speaking ni... hihihihihi. Berbalik kepada dialog tadi, terpegun sekejap aku mendengar jawapan abang... dua perkara yang bermain di fikiranku kala itu :
- SYUKUR ke hadrat Ilahi kerana menganugerahkan kepada hamba yang kerdil ini seorang suami yang begitu penyayang dan memahami... sungguh ni'mat ini perlu aku syukuri dengan sebaiknya.. dialah yang terbaik buatku! Dialah suami dan bapa hebat untuk anak-anak kami yang banyak memberikan seluruh jiwa dan raganya untuk kami. Banyak memberi sokongan kepada ku waktu susah dan senangku. Tempat untuk aku meluahkan segala gundah gulana yang bersarang di hati. Insan yang paling setia mendengar rintihanku. Terima kasih sayang!!
- Adakah sepanjang aku dalam keadaan lemah dan tidak bermaya ini aku terlupa atau alpa dalam memberikan kepada suami ku haknya. Haknya untuk melihat aku senyum kepada suami sendiri... sesungguhnya ini adalah satu muhasabah buat diriku sendiri. Walaupun aku dalam keadaan yang paling lemah sekali pun sepatutnya aku tidak abaikan perkara sekecil ini. Aku selaku isteri sepatutnya terus menguntumkan senyum yang paling manis untuk abang tanpa mengira waktu....
With love,
Sunday, September 13, 2009
KLCC Ramadhan Buffet 2009
Balik rumah alhamdulillah elektrik dah ada.. budak2 tu bergembiralah bila angah mira ikut kami balik sekali... tu semua duk keliling angah mira lah.. tak hirau mama dan baba dah!!
With love,
Friday, September 11, 2009
Mama Tak Kisah Sayang!
Alhamdulilllah.. lautan syukur untuk Ilahi atas segala ni’matNya untuk hambanya yang kerdil ini. Nikmat menghirup udara hari ini tidak mampu lagi untuk hambaMu ini hitung kebesarannya. Sekarang dengan kandungan bayi keempat kami telah memasuki fasa 11 minggu.. sekejap sungguh rasa masa berlalu.. rasa baru semalam buat pregnant test.. hari ni dah masuk tiga bulan usia bayi dalam kandungan mama ni. Moga bayi yang dinanti2 ini akan membesar dengan sebaik mungkin di dalam rahim mama ini...





Pengalaman hamil keempat-empat bayiku adalah sangat berbeza antara satu sama lain dan untuk kandungan kali keempat ini amat berbeza berbanding dengan kehamilan sebelum ni… walaupun masih lagi di awal kandungan.. ku dapat merasai perbezaannya, stamina dah kurang sikit. Letihnya Allah jer tahu dan hanya abang yang tahu tatkala berhadapan dengan pelbagai ragam isterinya ini.. dan cabarannya cukup besar.. tapi Mama tak kisah Sayang!!! Mama langsung tidak pernah kisah dengan keletihan dan cabaran ini... Janji baby yang bakal lahir ini akan menggembirakan kehidupan kami sekeluarga. Memang kehamilan dan kelahiran satu proses alami yang menyeronokkan walau penat dan kesakitan yang mengiringi. Terus terang ku katakan kalau di waktu tidak hamil, diri ini amat mencemburui bila melihat ibu-ibu yang hamil walaupun waktu tu baru sahaja selesai bersalin. Tak tahu kenapa boleh cemburu sedangkan waktu hamil dan bersalin cabarannya hanya Allah yang tahu. Bila tahu sedara mara atau kawan-kawan yang hamil.. hati berbunga-gunga riang. Dan tatkla menziarah bayi baru lahir…. Perasaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Itulah kehebatan naluri seorang ibu yang Allah anugerahkan kepada wanita bergelar ibu. Dan diri ini sendiri sememangnya mengimpikan sebuah keluarga besar yang bahagia dan dipenuhi dengan ketenangan yang hakiki serta sebuah keluarga yang diredhai oleh Allah Taala. Moga Allah merealisasikan impian ini.
Melalui pembacaan secara umum, pendidikan anak-anak sememangnya bermula seawal proses hamil lagi.. dan mengikut kajian, ibu yang dipenuhi dengan limpahan kasih sayang terutamanya dari suami dan keluarga terdekat akan mempengaruhi karakter bayi kita. Suami sepaptutnya mengambil peranan di sini sewaktu kehamilan isteri perlu sedikit berkorban untuk memahami apa sahaja perubahan yang berlaku pada isteri samada dari segi fizikal, sikap dan mentalitinya. Tentu ramai yang bersetuju bahawa ibu hamil ni biasanya penuh dengan emosi… maka untuk suami yang tidak dapat bersabar.. akan wujudlah pertelingkahan yang berterusan sepanjang tempoh kehamilan isteri. Ini semestinya akan memberi kesan kepada perkembangan bayi anda kerana sebenarnya bayi bersama dengan kita dan dapat mengikuti apa sahaj perkembangan aktiviti seharian kita… lantaran itu ibu-ibu yang pintar di gesa agar berkomunikasi dengan bayinya sedari awal kandungan lagi seperti mengajak janin untuk sama-sama bersolat dengannya ketika hendak menunaikan ibadat solat. Begitu juga dengan lain-lain amalan yang kita lakukan. Semua ini telah terbukti akan mempengaruhi karakter bayi anda.
Untuk suami-suami bertuah yang bakal bergelar bapa atau telah pun bergelar bapa perlulah memberikan ibu kepada anak-anak anda kasih sayang, tumpuan yang sepenuhnya lebih-lebih lagi sepanjang tempoh kehamilan isteri anda. Semoga dengan kesabaran anda dapat melahirkan generasi serta zuriat yang boleh kita banggakan dalam persekitaran yang agak menakutkan mutakhir ini. Kita sebagai ibu bapa tidak layak untuk menuding jari kepada pihak lain atas apa sahaja masalah anak kita melainkan kita telah menunaikan segala amanah yang telah Allah berikan kepada kita sebagai ibubapa untuk mendidik anak-anak kita dengan sebaik mungkin bermula dari alam rahim lagi.
Sebagai insan bergelar muslim pula… ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak dalam semua aspek kehidupan dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup kita. Muslim yangsebenarnya adalah muslim yang cemerlang sebagai hamba Allah, ibu bapa, anak dan ahli kepada masyarakat kita. Disertai dengan doa yang tidak putus-putus kepada pencipta kita…. Jadikanlah kami ibubapa yang cemerlang yang dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, menjadi harapan Islam untuk memartabatkan ketinggian Islam pada martabat yang sepatutnya. InshaAllah...
Tuesday, September 8, 2009
Terima Kasih Na!!
Terkejutlah juga.. sebab tak der beli apa-apa online dua tiga hari ni.. hadiah dari AliceWonders pun dah selamat sampai dan tak de pulak sapa-sapa yg cakap ada kirim barang untuk ku, dari sapa lah pulak ni. Tengok2 nama ada nama adik kita Na Seharum Kayu Manis, tertanya-tanya apa lah ada kat dalam, jadi dengan tak sabarnya membuka parcel tu.. nilah yang Na berikan untuk kami.
Menambahkan istimewanya lagi pemberian Na ni.. hasil kerja tangan Na sendiri! Ada nama tuan puteri berdua tu. So sweet, so lovely.... hasil kerja yang bagus!! Mesti makan masa nak menghasilkannya kan Na!
Dari pagi tak sabar2 nak tunjukkan baju ni kat dua puteri tu sbb tahu mereka akan excited.. memang excited.. terus dipakainya! Muat elok Na.. pandai Na pilih saiz. Budak2 tu cukup gembira.. pergi surau pun terus pakai, kebetulan pulak hujan dari petang lagi, sesuai sangatlah deme bergaya dgn baju ni... dan ku yakin malam ni mesti nak tidur dengan baju baru lah.. hihihihihi. Esok pun mesti nak pakai pergi kindi tu! Terima kasih banyak-banyak yer Na.. Kak Tie suka, anak-anak pun suka... Dan Na telah menceriakan hari kami! Terima kasih sekali lagi!
With love,

Monday, September 7, 2009
Anak-Anak Generasi al-Qur'an
Alhamdulillah Ramadan kali ini dapat terus pertahankan budaya dari awal perkahwinan kami... masak sendiri dengan hidangan yang cukup simple.. tiada juadah dari Pasar Ramadan melainkan pemberian jiran ataupun ada jemputan berbuka puasa. Cuma kali ini terasa kelainan sedikit kerana selalunya ramadan-ramadan yang lepas sempatlah ku buat sedikit persiapan untuk raya.. setakat ni nampaknya belum bermula projek-projek wajib tahunan ni... tak pastilah dapat ku buat atau tidak untuk tahun ni. Teringin sangat nak buat...
Hari ni Selangor cuti.. maka dapatlah berehat extra sehari hari ni... di rumah sahaja. Cuti ni memang seronok sangat tapi bila musim perayaan ni macam kurang produktif pulak kerja-kerja kat ofis ... dah lah byk public holiday, masa bekerja pulak dah pendek 1 jam... tambah pulak ambil cuti tahunan hingga hujung bulan ni.. bila dikira-kira 12 hari jer aku bekerja untuk bulan ni.. bermakna paling minimum sehari aku kena proses 10 buku.. owhhhh!! sempat ker nak kejar target ni!!! Risau sgt ni.. dgn kesihatan yang on & off... harap2 dapat coverlah, buat yang termampu, paling penting bagi ku ialah menunjukkan hasil kerja yang berkualiti...
Nampaknya dah melalut dari niat asal untuk entri kali ni.. asalnya nak bercerita pasal generasi al-Qur'an bersempena dengan salah satu peristiwa penting dalam bulan Ramadan ni. Tak berniat untuk berbicara secara berat sekadar satu perkongsian. Sebagai ibubapa kita sebenarnya memainkan peranan yang paling besar untuk memastikan anak-anak kita menjadi generasi al-Qur'an yang benar2 menghayati al-Qur'an. Kami sendiri sejak kelahiran mishkah lagi.. meletakkan target kami yang tersendiri untuk anak-anak.. target kami biar anak-anak boleh baca al-Qur'an terlebih dahulu. Bukan menafikan kepentingan membaca dalam bahasa-bahasa lain... tetapi ingin melihat anakanda2 kami pandai membaca al-Qur'an terlebih dahulu. Alhamdulillah berkat sesi mengaji anak-anak dengan kami sendiri.. Mishkah dan pandai baca al-Qur'an, nampaknya tercapai hasrat dan target kami. Dan alhamdulillah bukan setakat itu.. Mishkah seperti kanak-kanak yang sebaya yang lain dah boleh membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sikit-sikit. Alhamdulillah!
Dengan itu.. kami sebagai ibubapa mengharapkan agar anak-anak kami akan menjadi generasi al-Qur'an dengan asas ini. Ku tahu takrifan generasi al-Qur'an sebenarnya masih terlalu jauh lagi bukan sekadar tahu membaca al-Qur'an tetapi paling kurang kami telah pun melakukan langkah permulaan... dan inshaAllah akan kami teruskan dengan langkah kedua dan seterusnya. Dan bersempena dengan hari kebesaran Islam ni, eloklah untuk kita menceritakan kepada anak-anak kita tentang Nuzul al-Qur'an yang berlaku pada tanggal 17 Ramadan ini. Moga Allah memberi kemampuan dan kekuatan untuk kita semua melahir dan mendidik generasi al-Qur'an.
With love,

Saturday, September 5, 2009
Wajah Kesayangan Hamba
Weekend! Hari yang ditunggu-tunggu.. walaupun sekadar di rumah sahaja tetapi cukup meriah bagi kami. Bahagia sungguh bila abang dan anak-anak di depan mata 24 jam. Melihat telatah mereka begitu mengujakan. Berselanag seli dengan ketawa, tangisan dan gaduh-gaduh manja... terasa sungguh indah walaupun kesihatan aku bukan dalam keadaan yang terbaik. Akhir-akhir ini.. tiada outdoor activities untuk kami sekeluarga walaupun di hari minggu. Lebih selesa begini tambah-tambah di bulan Ramadan yang penuh berkat ini... rasa sayang sangat nak abaikan dengan perkara-perkara yang kurang penting. Walaupun sekadar hanya di rumah.. kanak-kanak ribena tu penuh aktiviti mereka... macam2 sesi ada.. paling utama sessi menyepahkan rumah, main-main, tukar-tukar baju, makan-makan, gaduh-gaduh, bergelak ketawa dan menangis dan untuk anakanda fajar dan mishkah wajiblah dengan mengaji dan aktiviti di internet.
Gambar-gambar ni ingin sekali ku kongsikan bersama kalian.. gambar bulan lepas ni, tapi inilah antara aktiviti mereka bila berada di rumah...
With love,

La-La-La-La-La
TARRAAA.....
Cantik kan??? It's a jumbo handbag!! Memang sesuai lah untuk mama anak tiga ni.. boleh sumbat macam-macam barang..hehehehehe. Memang cantiklah brown ni.. abang pun suka. Terima kasih AliceWonders dan MBP yang anjur the great contest dan tak lupa untuk yang sudi membantu ku memilih warna handbag ni... sekarang ni pulak duk pilih gambar-gambar kami untuk diprint kat lagi satu hadiah.... apa lagi kalau bukan dari Photobook Malaysia.
With love,

Wednesday, September 2, 2009
Yang Mana Satu Pilihan Kalbu
Marc Faux Ostrich Brown Boston Bag

Marc Faux Ostrich Black Boston Bag

Marc Faux Ostrich Cream Boston Bag

With love,

















