Wednesday, November 4, 2009

Oh Susu Kambing!

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Alhamdulillah... baby dalam kandungan mama ni dah mencecah minggu ke 19.. aktif bergerak! Tadi berkesempatan menjenguk baby di dalam kandungan.. my gynae di GMC kata semua OK, alhamdulillah cuma mama jer lah yang masih tak hilang loya dan mabuk2 ni. Masih lagi muntah2.. tapi mama tak kisah as long as my baby is OK! Tadi abang dan aku sungguh terharu melihat baby ke 4 kami ni.. sangat aktif bergerak di dalam perut mama, boleh ku lihat wajahnya, tangan dan kakinya dan mendengar degupan jantungnya... so lovely! Walaupun ini anak ke4, excitednya masih seperti anak sulung dulu.... :)

Sepanjang pregnant ni ku duk mencari-cari produk susu kambing yang boleh ku telan kerana melalui pembacaan ku dapat info bahawa susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu. Duk intai2 pil susu kambing... juga survey susu yang di jual di pasaraya, tak tahannya sebab kebanyakan susu kambing yang dijual ada rasa 'kekambingan', memang tak boleh tahan.. pas tu ntah produk dari negara mana ntah. Tup-tup dua minggu lepas kawan abang perkenalkan satu produk susu kambing yang 100% dihasilkan di Malaysia, produk dari HR Merketing... tanpa berfikir panjang terus minta abang dapatkan susu tersebut, abang pulak terus jadi ahli, keesokannya dapat terus susu tu, terus cuba.. wah best susunya, langsung no goaty taste. Inilah susu yang menjadi supplement wajib ku sebelum sarapan.... dibungkus dalam peket2 kecil yang amat menyenangkan proses pembancuhan dan juga senang nak menyimpannya...

Susu Kambing HIGOAT
Harga 1 Kotak (15 Peket ) = RM 36.60

Yang ni pulak untuk anak-anak.. berebut2 tiga beradik tu! Mana taknya.. baba belikan perisa coklat yang menjadi kegemaran mereka.. juga langsung tak der goaty taste. Ada 3 perasa, original, coklat dan strawberry. Sesuai sangat untuk anak-anak dalam perkembangan pembesaran mereka.. untuk anak-anak ku bagi 1 pil pagi dan 1 pil petang...

Pil Susu Kambing
Harga Sebotol ( 50 Pil ) - RM 22.00

Bagi penggemar kopi pulak, ada SpyHRu.. kopi susu kambing dengan Spirulina. Aku bukan penggemar kopi tetapi daripada testimoni kawan-kawan yang telah mencubanya kopi ni sgt elok untuk buang angin dalam badan. My colleagues pun ada yang order dengan kami kopi ni.

SpyHRu Cafe
Harga 1 Kotak (22 peket) - RM 22


Selain dari tiga produk kat atas ni, ada banyak lagi produk2 kosmetik yang berasaskan susu kambing yang bersesuaian untuk kegunaan anda. Untuk mendapatkan produk ni dengan harga yang lebih rendah, anda di galakkan mendaftar sebagai ahli HR Marketing. Dengan hanya RM 40.00 anda akan mendapat sekotak Susu Kambing HIGOAT dan secara automatik menjadi ahli berdaftar HR Marketing!! Berminat nak dapatkan produk ni atau ingin menjadi ahli?? Sila hubungi :

JUHARI
012-2240391
juharidaud@gmail.com
http://higoat.carirahsia.com/


With love,

13 komen:

a kl citizen said...

assalammualaikum

alhamdulillah jumpa juga produk yang sesuai ya

ummumishkah said...

yer sis KLC.. dah lama cari susu kambing ni, nak minum yg ori susu tu mmg tak leh telan.. dapat yang serbuk ni memang terus grab!

Sasha said...

wah! bagus ni... insyaAllah nak cuba juga...

Ummi Salsabila said...

sedap ye kak...kedai mak kite de jual gak. de beli husband yg minum.coz xbrani try..insy,nnt nk kn try gkla..

Nida said...

Salam

NZ ni memang terkenal dengan dengan bilangan sheep yg melebihi jumlah penduduk NZ sendiri. Jadi dimana2 selalu nampak pil susu kambing ni.

Haritu beli sebotol utk anak2 (tak silap ada 100 atau 200 pil di dalamnya), harga cuma $10 sebotol, rasanya sangat manis dan tak berbau kambing (spt yang selalu dalam pasaran).

Apa yg saya lihat, kulit anak2 yg kering, mjadi lembap... sebab susu ini bgus utk pertumbuhan sel kulit yg baru..

Nisha said...

Assalamualaikum semua.
memang betul susu kambing tu bagus. Sebab kak ada pengalaman, masa akak melahirkan anak pertama dulu. Dia ada G6PD, memang kena tukar darah belah hari esoknya. Memang kawan dan akak ada terbaca tentang susu kambing ni.

Puaslah akak merayu pada suami suruh ambil susu kambing kad Mardi ke, atau UPM. Pagi-pagi tu, lepas subuh terus suami pergi kat Mardi. Dapat baru di perah. Terus hantar hospital kajang untuk berikan pada anak akak. Terpaksa sorok2, suami hulur dari tingkap aje.

Anak kak minumlah tak banyak. tak sampa paras 2 kat botol susu tu. Tapi.. satu keajaiban, dlm pukul 9am bila darah dah di ambil dan di buat final test untuk masukkan darah pada hari tu.. ia menjadi normal. Ya Allah, terima kasih banyak2. maklumlah anak baru keluar baru seminggu je.. Alhamdulillah.

Wassalam

|| syazwaniadnan || said...

susu kambing ni mmg bagus. mcm yg kite tahu, terbaik selepas susu ibu. lagi baik kalau bb kena jaundice. xperlu 'jemur' indoor/outdoor. just bg susu kambing, insyaAllah =]

produk HR ni mmg terkenal ngan bahan asas susu kambing. masa skola menengah dulu x putus dengan sabun susu kambing dia.

semoga Allah jaga akk n bb dlm perut =)

Biarlah rahsia said...

mcm nak cuba juga jea...
utk hilangkan letih yg melampau boleh jgak kot.

bestnya dh 19 minggu...bie br 12 minggu ni.

Nisha said...

Assalamualaikum UmmuMiskah
Maaf banyak2. Akak terenter banyak kali. dah lupa password. alih-alih datang semula, banyak pulak jadinya.

Maaf ya..

Wassalam.

ummumishkah said...

Sha,
Patut sha cuba ni sha.. mama blh minum susu, anak2 blh bagi pil tu.. :)

US,
Cubalah US.. sedap. Akak pun bukan penggemar susu pun sebelum ni tapi sebab tahu kelebihan susu kambing ni, paksalah diri utk minum terutamanya time pregnant gini...

ummumishkah said...

Sis Nida,
Huh, sheep lebih ramai dari populasi penduduk? Menarik tu! Alang2 duk sana mestilah kena ambil produk susu kambing kan? :)

Kak Nisha,
Subhanallah.. dengan kuasa Allah juga kan.. susu kambing sebagai wasilahnya. Alhamdulillah! Boleh bayangkan kegusaran kak Nisha waktu tu...

ummumishkah said...

Wani,
Terima kasih atas doa.. wani pun pengguna produk HR yer.. apa kata cuba susu kambing pula.. ke dah minum? :)

Bie,
Elok sangat bie minum time pregnant ni.. utk ibu dan baby.. kalau tak leh telan susu, ambil jer pil.

ASYIQ said...

Bab minum susu akak kurang disiplin.

Akak suka pd mknan tambahan yg dimkn sewaktu perut kosong. Maknanya nk pergi sekolah akak wajib ambil. Tak lupa.

Skrg akak ambil gamogen dan royal jelly CNI.

Blog Widget by LinkWithin