Monday, November 2, 2009

Harga Diri Si Kecil

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Cepat jer masa berlalu kan, dan masuk November.. kalau kat kampung halamanku biasanya ni lah bulan yang di namakan pesta air.. musim tengkujuh. Hujan yang turun tak henti2 mengakibatkan banjir.. banjir tahun lepas sempat berada di kampung.. anak-anak cukup seronok melalui satu fenomena alam yang biasanya berlangsung setahun sekali sahaja.. bagi kanak-kanak semuanya satu keseronokan tetapi mungkin tidak bagi orang dewasa.. mungkin fenomena banjir ini akan disusuli dengan suatu beban buat mereka terutamanya bagi yang dilanda banjir teruk yang mungkin menyebabkan kehilangan harta benda dan terpaksa meninggalkan seketika kediaman mereka. Moga dipermudahkan segala urusan mereka....

Hari minggu yang lepas kami hanya di gombak.. hari Ahad tu sepagi kami berlima ke Stadium UIA*, berkobar2 tiga beradik tu turun padang memberi sokongan buat baba yang meyertai sukan staff. Abang jadi peserta untuk acara lontar melembing, cekera dan peluru mewakili library.... alhamdulillah dapatlah dua perak.. tahniah untuk abang, walaupun dah lama tinggalkan 3 acara tu dapat juga pungut pingat. Anak-anak cam biasalah excited.. berlari2 keliling trek, last2 main pasir kat tempat orang main lompat jauh.. dah nama kanak-kanak.. tak leh jumpa pasir, kali terakhir jumpa pasir pantai masa balik raya puasa tempohari, kali ni jumpa kat stadium... suka lah deme. Mama biarkan jer... melalui pembacaanku bermain pasir ni sebenarnya satu terapi untuk kanak-kanak yang boleh mengembangkan perkembangan tumbesaran mereka dan sememangnya dari anak-anak mula duduk lagi telah ku dedahkan anak-anak kami bermain dengan pasir terutamanya pasir pantai... tetapi bila balik rumah kena pastikan mereka dicuci bersih lah....

Bagi ku itulah salah satu cara kami meghargai anak-anak.. membiarkan mereka bermain apa yang mereka gemari dan yang paling menggembirakan mama dan baba ni bila melihat senyum dan gelak tawa yang terukir di wajah mereka. Kalau anak-anak mama ni bersedih mama turut merasakan kesedihan mereka.. bercerita tentang kesedihan mereka.. teringat satu adegan yang berlaku kepada anakanda Fajar minggu lepas semasa kakakku sekeluarga kat rumah kami dan kami sedang asyik berborak, cam biasa anak-anak bertiga di ruangan permainan mereka. Kebetulan abang iparku meletakkan barangnya kat atas meja anak-anak.. fajar dengan rasa ingin tahu agaknya menilik barang tu.. aku yang ternampak aksi fajar tu menegurnya dengan nada bergurau.. "adik.. tu barang ayah long tu", serentak dengan itu semua orang ketawa spontan melihat telatah Fajar yang menilik barang ayah long... Fajar pun turut ketawa waktu tu.. tetapi tiba2 selepas tu dia berlari ke arah ku dalam keadaan sebak, mencakar wajahku hingga ada sedikit calar, tersedu2 di dalam pelukanku... langsung tidak mengangkat muka, menangis agak lama hinggalah tertidur dalam pelukanku.

Masih jelas adegan itu dalam memori ku sehingga hari ni.. rupanya anak sebesar itu pun tahu erti malu walaupun sebenarnya kami tiada niat untuk mentertawakannya.. ia berlaku secara spontan dan ketawa itu terhasil kerana melihat telatahnya yang agak lucu kami rasanya. Rupanya anak sekecil ini mempunyai harga diri, mungkin merasakan dirinya dimalukan dia menzahirkan dengan dengan sebak dan tangisan. Dari situ sebagai ibu aku mempelajari sesuatu.. sesuatu yang cukup memberi kesan kepada seorang mama, betapa anak-anak perlu kita jaga hati dan perasaan mereka, tidak boleh kita perkecilkan mereka kerana mereka sebenarnya mempunyai harga diri mereka sendiri. Bukan bermakna mereka kecil.. mereka tidak mengerti apa-apa! Oleh itu apa sahaja tindakan kita, bicara kita.. cuba kita fikir kesannya kepada anak-anak.. kesan kepada perasaan mereka kerana ini semua akan membawa kepada pembentukan personaliti mereka sehinggalah mereka dewasa.

Sekiranya kita telah sedaya upaya cuba menjaga hati dan perasaan mereka tetapi masih berlaku perkara-perkara yang dikira pada pemikiran mereka boleh mencalar maruah mereka yang di luar kawalan kita, menjadi tanggungjawab kita untuk menerangkan dan menjelaskan kepada mereka bahawa tiada niat kita yang dewasa ini untuk memalukan mereka... cuba jelaskan dengan bahasa yang boleh mereka fahami mengikut tahap pemikiran mereka. Moga mereka mampu mengerti dan moga kita mampu menjadi ibubapa yang boleh menghormati harga diri si kecil... inshaAllah!

With love,

16 komen:

ain fathihah said...

comelnya telatah anak umu mishkah..

Nida said...

Salam

Seperti biasa selepas solat kami akan berdoa bsama2 dengan anak2. Entah mengapa selepas selesai berdoa, anak pertama saya menangis tersedu sedan dan terus memeluk saya sekuat2nya... saya hairan kerana kenapa sampai begitu sekali, sedangkan hari2 kami berdoa sama..

Alhamdulillah, Allah beri petunjuk kepadanya... Hati saya begitu tersentuh.. kanak2 yang sekecil ini tahu dosa dan pahala...

Sitisifir10 said...

:) satu hari Fajar akan dapat membezakan gurauan dan cercaan... sementara itu, tugas kitalah yang perlu menerangkan apa yg sedang berlaku...

ASYIQ said...

Hurm...bagusnya UM begitu teliti menjaga hati dan perasaan anak2.

Kena tiru ni...huhu. Akak bila time marah susah nk control....moga Allah ampunkan dosa2 akak!

Nadiah Sidek said...

ada sepupu sy (5 thn kot umurnya) mmg akan menangis kalau waktu dia tgh bercerita, org gelak kat dia..dia rs malu. yg sbnrnya bkn gelakkn dia pun, cuma terhibur dgn telatah dia. dia ingt kami ejek dia kot. jdnya kalu nk gelak, mmg kena cover la :)

ummumishkah said...

Gitulah ain.. anak-anak ni mcm2 ragam, lain anak lain fesyen dan gambar tu hiasan jer kay.. bukan fajar! :)

Sis Nida,
Alhamdulillah kalau anak-anak lembut hatinya.. itulah yang kita mahu kerana dengan kelembutan itulah dapat kita didik mereka.. inshaAllah!

ummumishkah said...

SS,
Betul tu.. memang jadi tugas kita moga kita mengerti, cuma risau bila lihat reaksi anak tersayang.. :)

Kak Asyiq,
Marah2 anak ni normal lah.. kami pun tak dapat lari, tapi senolehnya kita fikirkan kesan nya kepada perasaan mereka.. mungkin boleh kita ubah method marah kita selama ini.. :)

ummumishkah said...

Nadiah..
Ini satu lagi contoh betapa si kecil pun punyai hargai diri.. moga dapat nadih dan suami menjaga hati dan perasaan safiyyah.. :)

Biarlah rahsia said...

betul tu...salsabila pun dh pandai termalu dan lepas tu nangis sbb malu...

Na Shari said...

Sensitif jugak si Fajar ni. Mungkin sebab dia belum dapat bezakan gurauan dengan ejekan...

ummumishkah said...

Bie,
Yer.. kita pulak yang sebak bila tgk keadaan dia kan?

Na,
Fajar memang sensitif bak kata abang joe sensitif macam mama.. huhuhuhu

aisyahumaira said...

kanak2 memg cepat tersentuh hati..

ummumishkah said...

aisyahumaira,
memang .. sebab tu nak kena jaga kan? :)

Sasha said...

Tie...

bagus cerita yg Tie kongsikan ni... Tie sama mcm Sha, cuba sebaik2nya nak menjaga hati anak2... kadang2 terlepas kawalan diri jugak more to reflex... perkara yg spontan mcm tu sukar diberi kawalan pantas n wajar... betul kata Tie kalau dah terlajak mcm tu... explanation n apologise are the best thing we could do rather than leave the child feel down n sad unattended.

ummumishkah said...

Sha,
Untuk org yang kita sayang sebolehnya kita nak jaga kan? Moga mampu jadi ibu terbaik buat anak-anak kita! :)

Mila_ibu najihah said...

tersentuh hati saya baca entry ummu mishkah yang ni..betul apa yg ummu ckp tu.Tanpa kita sedar sebenarnya anak kita belajar macam2dari kelakuan kita, termasuklah faham apa itu rasa malu.

Blog Widget by LinkWithin