Saturday, October 17, 2009

Serangan Sakit Mata

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Pagi2 anakanda mishkah request bihun goreng.. dah sarapan semuanya. Hari ini dan esok banyak sungguh jemputan open house yang perlu kami penuhi.. tapi tak tahulah dapat penuhi atau tidak sebab kami berlima diserang sakit mata!

Bermula dengan anakanda fajar, aku sendiri, muhammad, mishkah dan akhir sekali hari ni abang pulak yang kena.. Anakanda 3 orang tu cepat jer sembuh, tapi aku dah hari ketiga hari ni.. Khamis dan Jumaat dapat MC, hari belum baik lagi nampaknya... Abang pulak baru kena hari ni... kesian kat abang.. aku sendiri dah merasai bagaimana dan betapa tak selesanya rasa bila mata berpasir, bengkak dan pedih2, gatal dan air mata asyik keluar jer....

Plan asal hari minggu kali nak memenuhi semua jemputan ke open house.. tak tahulah camne tu, mungkin hanya sekadar di rumah. Malam ni jer lah kot join open house anjuran penduduk Taman kediaman kami ni... khemah pun dah terpasang depan rumah ni. Kawan2 dan sepupu yang menjemput kami minta maaflah sebab tak dapat nak meriahkan majlis kalian.. bukan tak sudi tapi betul2 keuzuran kami ni. Semalam pun dah miss program open office kat Library kami. Tak pe lah... sekadar berehat di rumah bila dapat MC tu, nasib lah abang sudi EL temankan aku kat rumah.. tak de lah rasa sunyi sangat.. duk meneman aku kat rumah... last2 hari ni abang pulak yang kena sakit mata. Moga abang cepat2 sembuh lah. Pastinya ujian sakit ni sebagai kafarah buat kami. Tapi inshaAllah hari minggu tetap suatu yang menggembirakan as long as kami dapat bersama....

Melalui searching kat internet jumpalah pelbagai petua untuk mengatasi sakit mata ni. Antara yang paling glemer ialah :
  1. Letakkan susu ibu kat mata.
  2. Letakkan madu asli kat mata.
  3. Letakkan susu kambing kat mata.
  4. Ni petua dari jiran.. pakai cermin mata hitam.
Petua yang ke 4 tu ku cuba.. alhamdulillah bila pakai cermin mata.. kurang rasa pedih dah radang kat mata.. air mata pun tak keluar. Maka 3 hari bercermin mata hitamlah aku kat dalam rumah.. hihihihi. Anak2 pun tengok aku lain macam jer. Agaknya duk fikir napelah mama ni pakai cermin mata hitam kat dalam rumah.

With love,


13 komen:

Ummu Ammar said...

Che Sue..moga cepat sembuh ye..!Syafakillah..

NuR said...

akak..skrg musim org sakit mata. kat skolah pun ramai kanak2 ribena sakit mata. nur terus je cadang kat dia balik. sbb takut berjangkit dgn kawan2 dia yg lain...

jaga kesihatan ye kak..

a kl citizen said...

assalammualaikum

semoga cepat sembuh

|| syazwaniadnan || said...

mama wani suggest, letak madu yang dicampur sedikit air kt mata. buat sebelum tidur, insyaAllah..

speedy recovery kak :) syafaakillahh..

Nida said...

salam

Teringat masa saya kena sakit mata dulu, sepatutnya letak ubat titik tu 3 kali sehari..saya bubuh 20 minit sekali... memang sakit mata tu cepat baik, tak sampai 24 jam dah baik.. tp jangan diikut cara ni.. takut ada side effect..hehe

UmmiRosma said...

*get well soon*

Memang conjunctivitis ni cepat berjangkit. Tak pe...ada hikmah di sebaliknya yea...

Wan Anie said...

k.latie & family,
moga cepat baik yer...

zai said...

Salam Ummu..

Mudah2an cepatla sembuh dari sakit mata..once upon a time ..kak zai sekuarga pernah kena sakit mata macam tu..sakit sangat2 sampai tak leh nak buka mata dan tengok cahaya langsung..hampir seminggu lebih macam tu..mmg azab sekali..

Harap2 Ummu sekeluarga tidak mengalami sakit mata yg melarat.

IKRAB family said...

get well soon yer ummu dan keluarga.
p.c.

Nadiah Sidek said...

sy kalau sakit mata rs selesa kalau mata tu ditutup dgn tgn...dgn kata lain tak kena cahaya la. kalau tak, mmg tak selesa. rsnya pakai cermin mata hitam tu mmg blh membantu la kot

Sasha said...

Petua letak susu tu pernah dengar gak... Tp ada satu petua yg pelik yg byk org kata berkesan... tak pernahlah cuba lg... petuanya titiskan air ken***g dlm mata yg sakit tu... huhu... tak tergamaklah nak wat camtu... tak tau ler kalau terdesak sgt... hehhe...

Moga cepat sembuh semuanya...

Tie said...

Err...tak pasti tentang susu tu, tapi janganlah letak madu. Madu panas, kang terus tak nampak pulak!

ummumishkah said...

Dear All,

Terima kasih atas tips dan doa.. bahagia rasanya memeliki sahabat seperti kalian yg begitu mengambil berat. Sekali lagi terima kasih!

Blog Widget by LinkWithin