Wednesday, October 7, 2009

Insan dan Ruh Iqra'

Bismillah al-Rahman al-Rahman

Masih berbaki sikit lagi selsema mama ni, dah OK sangat dah hari ni... dengan memakan apple hijau dan orange nampaknya berkesan tanpa memerlukan bantuan apa-apa drugs, mungkin sedikit lambat penyembuhannya tetapi aku lebih suka begitu, lainlah kalau diikuti dengan demam.. anak-anak alhamdulillah kebal tidak pula dijangkiti selsema mama ni.

Jugak alhamdulillah dapat meneruskan kerja ofis seperti biasa... sekarang duk pulun buat koleksi buku Islamic Finance... nak kena master dalam bidang ni barulah boleh ku hasilkan kualiti kerja yang bagus.. kena banyak membaca, membaca dan membaca! Alhamdulillah berada dalam position ku sekarang membuka ruang untuk ku mempelopori semua bidang ilmu.. mungkin tidak secara mendalam tetapi inshaAllah asas-asasnya dapat kami perolehi. Hari ni juga diminta isi appraisal form.. alhamdulillah dapat capai semua target yang telah bos tetapkan untukku setakat ini. Moga dapat ku pasakkan dalam diri bahawa aku ini berkerjaya semata-mata kerana Allah.. inshaAllah. Ku menyedari semua jalan ini sebenarnya adalah ketetapannya dari Allah Taala dan sebagai hambaNya.. sepatutnya aku bersyukur atas segalanya.

Dua tiga hari ini pulak.. byk menerima emel dari colleagues dan sahabat2 tentang ini. Information Literacy Awareness!! Sebagai information professional... perkara ini sebenarnya cukup sinonim dengan kami! Sebab itu ianya pasti menarik perhatian kami.. masa kat UM dulu pun, Reading & Information Literacy adalah salah satu paper yang perlu kami ambik untuk lengkapkan ijazah sarjana kami. Tambah pulak diajar oleh lecturer yang hebat menjadikan paper ini sangat menarik sekali!

Dan dalam proclaimation Barack Obama ini ada menyebut " I call upon the people of the United States to recognize the important role information plays in our daily lives, and appreciate the need for a greater understanding of its impact." Menarik sekali seruan dari Presiden US ni.. mengajak warga US mengenalpasti peranan maklumat di dalam kehidupan seharian dan menghargai keperluan untuk memahami kesan maklumat di dalam kehidupan seharian. Seruan ini sesuai untuk semua orang bukan hanya untuk warga US tetapi diri kita yang setiap hari sebenarnya berhadapan dengan maklumat lebih-lebih lagi di zaman maklumat yang diibaratkan berada di hujung jari kita.

Di dalam Islam sendiri sebenarnya perkara utama yang ditekankan ialah information literacy.. ini terbukti dengan wahyu dari Allah Taala dalam surah al-'Alaq. Pasti kita mengetahui tentang sejarah bilamana Rasulullah SAW pertama kali diturunkan wahyu kepada baginda.. Jibril telah mengarahkan baginda dengan perkataan IQRA'! Ini menunjukkan jelas kepada kita tentang kepentingan information literacy ni dalam kehidupan kita dan Islam. Ruh iqra' inilah yang perlu kita ambil dan aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Bacalah! Dengan ruh ini ia mampu menjadi satu anjakan untuk umat Islam bagi melahirkan umat yang terbaik. Ruh ini jugalah yang akan menjadi motivasi untuk kita menuntut dan mencari ilmu ke seluruh pelusuk dunia. Sejarah lampau sendiri telah memberi satu lembaran kepada kita bagaimana lahirnya tokoh2 terbilang seperti Saydina 'Ali, Ibn Sina, Ibn Rushd, al-Khawarizmi yang menjadi kebanggaan kita hingga kini.. bukankah mereka itu pencinta2 ilmu dan maklumat?? Dengan ruh Iqra' inilah mereka menonjolkan kehebatan diri mereka...

Lantaran itu.. untuk menjadikan diri kita insan yang hebat, kita memerlukan kepada ruh dan semangat ini... kita perlu mengenal pasti tentang kepentingan maklumat dan ilmu dalam hidup kita. Semua ini perlu kita mulakan dengan menghayati ilmu serta jelas kepada konsep ilmu yang sebenarnya. Kita sekarang di dalam zaman lambakan maklumat.. lambakan tersebut tidak akan memberi makna tanpa kita membaca, membaca dan membaca. Moga kita mampu menjadi dan melahirkan generasi berilmu, bermaklumat serta memanfaatkan ilmu dan maklumat tersebut dalam kehidupan kita!

With love,

3 komen:

Nida said...

Teringat saya pada sebuah cerita yang bertajuk "Matilda" seorang kanak2 yang suka membaca, walaupun 'dikurung' oleh keluarganya di rumah, tp mindanya boleh menjangkau ke dunia luar hanya melalui membaca...

Sasha said...

beruntung Tie bekerja dlm suasana yg dipenuhi dgn bahan2 ilmiah... Penuhkan hari2 dgn aktiviti berfaedah especially menuntut ilmu... Teruskan mendidik measyarakat mll penulisan di dlm blog ini... Tie mmg berbakat..

ummumishkah said...

Nida..
Kita sepatutnya seperti kanak-kanak tu... kan?

Sha,
Alhamdulillah... dan inshaAllah akan terus berblog! :)

Blog Widget by LinkWithin