Bismillah al-Rahman al-Rahim
Alhamdulillah... nampaknya mata kami dah sembuh sepenuhnya. dah masuk ofis dan sekarang pun beronline dari ofis. Waktu rehat yang sedikit ni ku gunakan untuk membuat entry. Owhhh... teruk sangat rasanya sepanjang minggu lepas tak dapat nak beronline dari rumah cam biasa, teruk betul coverage internet... abang ku lihat seperti ayam hilang anak.. hihihihi. Kepada teman2 yang tidak sempat ku kunjungi blog kalian.. minta maaf byk2.. tapi alhamdulillah rasa teruk sbb tak dapat nak beronline tu hilang kerana minggu lepas jugak tak putus2 menerima tetamu, kawan abang, abangku sekeluarga dan hingga hari ni pun masih ada kakak sulung ku sekeluarga di rumah.. ke sini atas urusan menghadiri majlis konvokesyen anak buahku yang inshaAllah akan berlangsung di UITM esok pagi. Yang paling seronok bila terima kedatangan tetamu ni mestilah tiga sekawan yang cilik tu. Riuh rendah lah deme dan tidur pun sehingga 12 malam baru boleh tidur.. cam biasa ah over excited.
Hari minggu pun meriah sakan bila ada sepupu2 deme ni, bermula jumaat lagi duk bermain sakan dengan Kak Ada n geng, hari sabtu ke kolam renang UIA dgn Angah Jamie dan hari Ahad semalam bersarapan di Ulu Yam dan mandi manda di sana. Seronok sungguh deme tu semua! Teringat pulak zaman kanak-kanak dulu, arwah ayah memang suka bawak kami adik beradik mandi, tapi dulu2 kami tak der lah mandi kolam renang atau taman tema, biasanya ayah akan bawa kami ke pantai atau pun sungai dan air terjun. Macam2 aktiviti yang kami lakukan... memang seronok sangat waktu tu... tambah2 kalau bersama sepupu2, lagi ramai lagi best... agaknya itulah perasaan yang anak-anakku rasakan kini....
Macam kalian juga sememangnya hari minggu adalah hari yang dinanti2, hari untuk bersama tersayang dan minggu ini menjadi minggu menerima tetamu buat kami sefamily. Hari minggu juga biasanya kami sekeluarga akan berkongsi mimpi. Setiap dari kita mesti biasa mengalami pelbagai mimpi kan? Itulah yang kami kongsikan sekeluarga. Bukan bermakna kami akan bermimpi kisah yang sama tetapi biasanya aku akan menceritakan apa yang aku mimpikan malam tadi kepada abang dan anak-anak. Begitu juga abang akan berkongsi apa mimpinya...

Dan kini setelah anak-anak mula mengerti apa itu mimpi nampaknya mereka juga berkongsi mimpi dengan kami... mishkah ku rasakan sudah pandai mengolah mimpinya dengan cara yang tersendiri, manakala anakanda Fajar mungkin sedikit berbeza versinya kerana bila dia bercerita asyik cerita mimpikan mama jer.. lagi satu mimpikan warna kegemarannya.. apa lagi kalau bukan warna pink. Semuanya adalah pink! Tergelak besar mama mendengar ceritanya.. Makin meriah nampaknya perkongsian mimpi kami. Munglkin cerita anak2 kecil tidak sehebat cerita orang dewasa tapi sekurang2 nya dengan berkongsi mimpi, ku merasakan ku dapat develop beberapa kemahiran dalam diri anak-anak. Mungkin dapat ku develop :
- Keupayaan anak-anak untuk mengolah apa yang mereka alami di alam mimpi kepada dunia realiti.
- Menggalakkan mereka untuk bercerita dan berkongsi apa yang mereka lalui.
- Meningkatkan kemampuan berbahasa pada peringkat umur mereka.
- Memupuk satu sikap jujur dalam diri mereka dengan menceritakan mimpi yang benar.
- Memupuk daya imaginasi yang kreatif.
- Melahirkan anak-anak yang dapat berkomunikasi dengan yakin.
- Salah satu cara untuk ibubapa memberitahu anak2 bahawa mereka sentiasa bicara dan luahan anak-anak didengari seterusnya merasakan mereka dihargai.
- Dalam masa yang sama pasti ia berguna untuk menajamkan daya ingatan mereka.
With love,





9 komen:
Menarik posting kali ni...
Berkongsi cerita mengenai mimpi...Tak pernah terlintas di fikiran na sebelum ni. Tapi bila difikirkan balik...Seronok juga bila boleh tau cerita mengenai mimpi orang lain...
Salam
Teringat semasa waktu kecil2 dulu... seronok bila dapat berjumpa sepupu2, riuh rendah jawabnya rumah atuk...
Bila dah ada anak, seronok lihat anak2 kerana keadaan mereka apabila bjumpa sepupu2nya mengingatkan saya pada zaman kanak2 yg telah lama ditinggalkan.
Na,
Memang seronok na dgr mimpi org.. tambah2 dari si kecil ni.. :)
Sis Nida,
Kan? Sungguh nostalgik.. nostalgia yg cukup indah zaman kanak2 kita dulu. Sebab tu kalau boleh nak anak-2 kita juga meni'matinya.. :)
Suka mimpi yg indah2 jer...hihi. Penag mimpi buruk kena hambat dek komunis....bila terjaga rasa letih berlari!!
Boleh kaitkan alam mimpi dgn kewujudan ruh di alam barzakh. Boleh wat satu entry nih.....
assalammualaikum
saya tak pernah ada aktiviti ini... menarik juga
good activity... kami pun ada juga berkongsi cerita pasal mimpi tp x sehebat Tie... maybe boleh buat & capai matlamat aktiviti ini spt yg Tie highlightkan... thnks 4 sharing!
menariknya berkongsi mimpi. tak pernah terfikir pun nk buat cmtu. lgpun sy selalu tak ingt mimpi apa bila bangun tido..certain mimpi je blh ingt
Kak Asyiq,
nice idea lah kak!.. memang kalau mimpi yang indah2 sronok kan.. :)
Kak KLC,
Dengan student pun boleh kongsi kan? :)
Sha,
Nanti kita sendiri yang tergelak dengar mimpi anak... memang ceria jadinya.. :)
Nadiah,
Memang kita cepat lupa mimpi.. tapi bila cepat2 recall.. kita akan ingat kan? :)
Post a Comment