Seperti yang dijangka.. raya ni tak sempat nak update blog sekerap biasa. Seperti orang lain juga... hari raya terisi dengan menerima tetamu dan ziarah sanak saudara serta teman-teman yang telah lama tidak ketemu. Hari rayalah medannya untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara saudara mara dan teman2. Dan pastinya kenyang dengan pelbagai hidangan wajib hari raya seperti rendang, ketupat, nasi dagang, tapai pulut, nasi minyak dan macam2 hidangan lagi lah! Seperti kalian.. JL Bunch pun ada cerita raya kami yang tersendiri... gambar2 tak sempat nak berposing bagai bila time raya gini, rasa cam kurang sesuai pulak nak mengangkut kamera abang tu sana-sini, ruang raya ni jerlah peluang kami untuk beramah mesra dengan saudara mara dan sahabat2, nasib baiklah dah awal2 ambil gambar pre- hari raya tempohari. Tapi adalah juga kenangan kami berlima untuk tahun ni.....
1 Shawwal
Hari ni dah 6 Shawwal... cepat jer Shawwal berlangsung. OK, nilah cerita Shawwal kami yang tak seberapa....
1 Shawwal
Kami tidak mengamalkan sistem giliran untuk hari raya.... tidak pernah menetapkan kalau tahun ni raya kat Permaisuri tahun depan wajib kat Pasir Puteh.. tak pernah! Biasanya pilihan tempat untuk raya pertama bergantung kepada aktiviti yang ada seperti kenduri samada di Permaisuri atau Pasir Puteh. Dah banyak tahun 1 Shawwal kami di sambut di Permaisuri.. tahun ini ku mencadangkan kpd abang untuk meraikan 1 Shawwal di Pasir Puteh, Alhamdulillah abang setuju dan tahun ini 1 Shawwal kami di Pasir Puteh.
Alhamdulillah dapat berkumpul abang 5 beradik bersama 10 cucu bonda mertua. Meriahnya tetap terasa walaupun bukan di tempat kelahiranku dan family abang tidaklah sebesar familyku.. ada kemeriahannya tersendiri.. anak-anak pun girang jer... tiga2 tu turut sama ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Selepas solat menerima tetamu.. tengahari mula bergerak ke rumah saudara mara dan kawan-kawan abang. Maghrib sampai rumah.. Anak-anak tak yah ceritalah.. over excited! Bertenaga sampai malam sambung dengan main bunga api. Tak tahulah kul berapa deme tu tidur! Mama awal2 dah pengsan...
Alhamdulillah dapat berkumpul abang 5 beradik bersama 10 cucu bonda mertua. Meriahnya tetap terasa walaupun bukan di tempat kelahiranku dan family abang tidaklah sebesar familyku.. ada kemeriahannya tersendiri.. anak-anak pun girang jer... tiga2 tu turut sama ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Selepas solat menerima tetamu.. tengahari mula bergerak ke rumah saudara mara dan kawan-kawan abang. Maghrib sampai rumah.. Anak-anak tak yah ceritalah.. over excited! Bertenaga sampai malam sambung dengan main bunga api. Tak tahulah kul berapa deme tu tidur! Mama awal2 dah pengsan...
2 Shawwal
Pagi2 ke Kota Bharu beraya di sana... petang balik ke Permaisuri.. on the way singgah pulak ke rumah saudara-mara. Sampai Permaisuri waktu Maghrib terus anak-anak dengan aktiviti mereka bermain bunga api dengan sepupu.. tak habis lagi nampaknya sesi bunga api ni. Lepas sesi bunga api sesi makan pulak... ada laksa penang kegemaranku! Anak-anak seronok tak terkata.. semua tahan mata dari tidur.. semua tak hirau mama dan baba dah! Nak tergelak pun ada tengok gelagat anak-anak kami bertiga tu.. sungguh teruja termasuklah si kecil Muhammad tu!!
3 Shawwal
Pagi rehat dulu, letih sangat rasanya mama ni.. petang baru mula ziarah mak saudara dan bapa saudara belah arwah ayah.. jumpa sepupu2 yang kebanyakannya duduk jauh2. Masa nilah baru berpeluang jumpa.. mcm2 ceritalah bila lama tak jumpa ni. Masing2 dah ada kehidupan sendiri dan anak masing2 pun dah besar2 semuanya. Kami memang sebuah keluarga besar.. bila berkumpul tu memang meriah. Juga ke rumah abang dan kakakku yang tidak sempat ku ketemu pada 1 Shawwal yang lalu. Dah jadi tradisi keluarga kami, 1 Shawwal memang berkumpul.. tapi tahun ni kurang sorang ahli nampaknya.. masing2 duk menanya dan mencari Mishkah, Fajar dan Muhammad. Malam baru balik.. mama cam biasa balik jer terus tidur.. anak-anak tak tahu kul berapa lah tidur.. asyik bermain dgn sepupu2.
4 Shawwal
Pagi-pagi kami adik beradik ke Kuala Terengganu.. abang ku buat open house. Bapa2 saudara belah bonda pun ramai kat Kuala Terengganu... maka sekali gus lah jalan raya rumah mereka, hampir Maghrib baru boleh bertolak pulang ke Permaisuri. Tak sempat nak teruskan jalan2 ke rumah sahabat masa SMAASZA dulu... Penat tapi seronok dapat jumpa saudara mara samada yang tua dan yang muda.
5 Shawwal
Hari ni rehat ajer.. mama dah habis tenaga. Betul2 perlukan rehat... petang mula bergerak ke Pantai Penarik untuk sessi wajib balik kampung.. makan ikan celup tepung. Sudah makan pergi pantai kejap.. Mishkah dan Fajar apa lagi bila nampak air laut... main air dan buat istana pasir dengan sepupu. Huh.. tenang sungguh berada di tepi pantai dengan tiupan angin sambil melihat anak2 bermain di gigi air...
6 Shawwal
Hari ni Jumaat... kami tak ke mana2 tetapi menerima kunjungan tetamu yang datang menziarah bonda.. sepupu dari Kuala Terengganu datang beramai2... penuh dan riuh rendah rumah ni petang tadi. Ni pun masih ada tetamu lagi ni.... abang yang melayan sebab yang datang tamu lelaki... kesimpulannya tiap kali raya pasti MERIAH!!
With love,




7 komen:
Salam Ummumishkah..
Syukran..alhamdulillah nampaknya hari raya adalah merupakan hari penyatuan keluarga yg terbesar dan terpenting didalam hidup kita kan ? kalau hari lain belum tentu dapat bertemu sanak saudara yg tinggal dimerata tempat kat bumi Malaysia ni tapi dek kerana raya..kita semua dapat bertemu..alhamdulillah..menjalinkan silaturrahim sangat dituntut oleh agama dan sudah tentulah kita mendapat pahala yg berlipat ganda atas usaha itu..Tahniah..!!!
Che Sue..wah raya sakan nampaknya..angah pun padat jadual harian dgn kunjungan & ziarah..tak smpat nk pelawa che sue dtg umah @ ke rumah che sue juga..kwn2 kita yg lain pun x smpt pg..ble la agaknya kita semua bleh jumpa..trutamanya Achik..che sue tahu tak camne nak contact Achik..
klu tahu tie sekeluarga raya kat p.puteh dh jemput dtg rumah...dkt dah tu...klu on the way ke KB mesti lalu dpn rumah Bie.
Rumah bro Jo dekat tak dgn rumah Nik?
Wah.
Chantek gamba.
Betul2.
time raya, org raya sakan,
dan bergamba sakan.
Ha2.
Camat hari Raya!
Salam Tie...
Sha pun tak pernah menetapkan giliran balik kg... Memang tiap2 tahun balik ke Kedah di kg suami... saya sendiri rela... ikut saja kemana suami bawa...
Sha pun tak kisah sgt... asalkan dapat beraya ... raya pertama/kedua...or keberapa2 pun takpe ... tak mau compilcatedkan yg mudah...
Seronokkan dpt berjumpa kaum keluarga lebih2 lg yg jarang2 jumpe... time nilah nak bonding lebih erat lg...
Sha masih byk lg kunjungan Raya yg tak dibuat...
kak zai..
yer.. memang raya lah medannya. alhamdulillah dapat bertemu walaupun mungkin hanya sekali setahun!
angah,
che su pun tak sempat nak contact kwn2.. umm tak balik raya ni. Achik pernah dtg umah che su dulu.. lepas tu dah tak berhubung dah.. last sekali tahu dia duk Nilai.. che su sms dia tk jawab.. mungkin tukar no kot!
Bie,
InshaAllah Bie.. next balik kampung tie contact bie kay.. blh tgk si comel tu!! Yer dekat dgn kampung Nik.. hari tu dapat jumpa dia and family!
Sepia..
terima kasih sis!
juga selamat hari raya! :)
terima kasih datang sini!
Sasha..
Setuju dgn sha, naper nak complicatedkan yang mudah.. kami berdua pun cam tu.. kalau tak bro joe yg tolak ansur dgn tie, tie yang kena pandai2 tolak ansur dengan dia.. raya mana2 pun sama jer tak kisahlah family mana2 pun.. that's why tie suggest raya umah mertua tahun ni.
Post a Comment