Little Muhammad sedang tidur di sisi ku saat ini, 2 puteri tu pulak macam biasa ke surau dengan baba.. malam jumaat biasa balik lambat sebab ada tahsin bacaan al-Qur'an.. dari bilikku ini boleh ke dengar bacaan al-Qur'an dari jamaah surau.. sekali2 mengintai di tingkap melihat apa aktiviti anakanda ku berdua.. bukan apa.. masih kecil lagi puteri mama ni .. risau akan menganggu orang lain tetapi baba yang beriya duk mengajak dua beradik tu ke surau. Abang memang gitu.. tidak betah untuk ke mana-mana tanpa anak-anak.
Musim demam sekarang ini yer.. termasuklah tiga anak mama ni, semua demam. Hari ni giliran abang pulak cuti menjaga fajar dan muhammad (abang lebih bagus dari ku bab menjaga anak2 sakit ni, malam sampai tak tidur.. mama gak boleh tidur.. hihihi) manakala mishkah ku bawa bersama ke ofis... bukan main seronok dia blh ikut mama.. tak der gaya orang demam pun.. seronoklah achik2 duk melayan! Dapat banyak makanan hingga tengahari tak nak makan nasik, petang tertidur atas sofa dalam common room... bila mama kejutkan cakap nak balik dah, geleng2 kepala cakap tak nak balik.. mcm2 lah anak mama sorang ni...

Untuk tahun ini, ini kali pertama anak-anak demam.. sebelum ni sekadar selsema shj dan yang paling teruknya anakanda muhammad lah... suhu badannya sangat tinggi, tetapi aktif macam biasa.. tak der gaya orang demam.. cuma belah malam lah manja sikit, tidur pun nak bertepuk.. sekejap2 terjaga.. tak selesa agaknya.. dan memang suhu badan tinggi. Risau sangat mama dan baba. Tapi petang tadi balik kerja sentuh badan muhammad.. demam dah sedikit kebah.. alhamdulillah.. Begitu jugak dengan mishkah dan fajar... esok tak tahu lah macamana, ikutkan turn mama pulak yang bercuti, tgk camna keadaan merekalah...
Memandangkan sekarang ni musim demam, eloklah dikongsikan bersama tips penjagaan untuk anak-anak yang demam:
- Perlu sentiasa monitor suhu badan anak, terlampau panas boleh menyebab kekejangan, seeloknya beli satu termometer dengan alarm fever. Suhu badan normal manusia ialah 37 darjah Celcius. Suhu yang melbihi 37.7 darjah Celcius menandakan demam dan bagi bayi di bawah 6 bulan bacaan 37.7 darjah celcius ke atas adalah indikator kepada demam yang serius.
- Kalau boleh, cuba untuk tidak selimutkan anak dengan selimut yang tebal dan memakai baju tebal kerana ini akan menghalang haba untuk keluar dari badan, untuk anak-anak di bawah 2 tahun seeloknya dibiarkan tanpa baju dan biarkan mereka dengan diaper sahaja.
- Boleh tampalkan Cool Fever di dahi atau boleh digantikan dengan menyapu air asam jawa di badan.
- Dulu2 bonda suka sapu badan kami yang demam dengan air perahan bunga raya, mungkin boleh dicuba.
- Bagi anak-anak yang selsema, boleh sapukan kunyit hidup di hidung, inshaAllah selsema akan cepat kering.
- Ketika suhu badan yang panas, eloklah dilap dengan kain basah ke badan terutamanya di celah ketiak, kelangkang dan tempat2 yang tersembunyi.
- Boleh minumkan air kelapa atau air hundred plus. Untuk anak-anak pastikan gas dari air hundred plus tu telah tiada dgn membiarkan air seketika sebelum diminum. Elok menggalakkan anak-anak meminum air dalam kadar yang banyak.
- Boleh cuba berikan sup ketam kepada mereka terutamanya bagi demam virus.
- Untuk demam yang terlalu panas, dapatkan syrup paracetamol. Dos untuk anak 1 tahun ialah 3 ml dan bagi 2 tahun keatas boleh bagi 5 ml, ambil bila perlu, maksimum 4 kali sehari. (harap betulkan kalau saya silap!)
- Kalau tak pun cuba dapatkan suppository paracetamol (ubat masuk punggung) dengan dos 125 mg, ambil bila perlu, maksimum 4 kali sehari. ( ini hanya untuk demam panas yang sangat tinggi)
- Bagi bayi yang berumur 6 bulan ke bawah perlu dibawa ke hospital dengan segera sekiranya suhu badan melepasi 37.7 darjah celcius, begitu juga bagi yang terkena kekejangan perlu segera di bawa ke hospital.
With love,


18 komen:
Alhamdulillah...kak ngah tadi bila
doktor berikan suppository paracetamol (ubat masuk punggung)baru mahu makan nasi. Panas badan pun turun mendadak. Tapi rasanya esok akak nak dia rehat lagi kat rumah. Esok turn ayah dia pulak.
Yang UM sebut semua akak pernah buat untuk anak demam tapi tang sup ketam tu, tak penah la pulak. Adakah petua itu disarankan oleh doktor atau petua org2 tua shj?
Itulah adatnya membesarkan anak2...kalau tak demam dalam setahun kira excellent sgt dah tu...
semoga muhammad cepat sembuh...
Salam kak,terima kasih berkongsi info.Tapi memang turun temurn,klu demam mak akn buatkn saya air asm-lumr 1bdn..dan saya praktikkn pda ank saya juga,Abdullah..dlu,klu lps injet dia demam,saya akn lap n lumrkn dgn air asm jwa dlu bru saya bgi ubat+mnum air byk2.
Sjk ada ank ni mmg saya stnd by termomter biasa,blh slalu montr suhu bdn kami skluarga.
Moga ank akk cept sembuh.
Harap2 anak akak cepat sembuh dan boleh menceriakan hari2 akak sekeluarga seperti biasa....
Terima kasih atas petua2 itu...
Semoga Muhammad cepat sembuh..Risau bila anak2 kecil demam kan?
demam pun salah satu fungsi badan melawan virus kan?
kalau tak demam kanak2 tak build up antibodi
Semoga anak2 akak cepat sembuh...sekarang ni, memang cuaca tak menentu..kita yang dah tua pun cepat sakit..apatah lagi budak kecik.
Apapun, good info la kak. :)
baguslah tips yg UM bg tu... ada gak benda baru yg Sha belajar ari ni...
Moga semua anak2 UM kembali sihat, ceria & aktif spt biasa...
Proses anak2 nak membesar, kan? Seronoklah boleh bwk anak ke tmpt kerja... bole duduk2 baca buku & baring2... tmpt yg sungguh selesa!!
Sha pun nak buat mcm husband UM... membawa anak pompuan bersama ke Masjid/Surau... takyah nak tunggu Mama pergi baru nak pergi...
semuga Muhamad cepat semboh dan pada mak Muhamad - dipermudahkanNya dalam segala urusan.
semoga anak2 ummu cepat sembuh yaa...
salam ziarah ummu mishkah,
memang petua org2 tua berkesan (dgn izin Allah) ttg air asam jawa ni kan? anak saya pun cepat turun suhu bila jerlun dengan air asam jawa..
tapi, ubat supp kurang digalakkan, kecuali demam tinggi mendadak, dan utk paracetamol syrup sebolehnya jangan bagi selagi suhu tak mencecah 38. itu panduan yg saya dpt dari paeds anak saya.
semoga semua baik belaka :)
SALAM UMMU..
Alhamdulillah...anak2 dh beransur baik..mesti risau nak gi keje kalau anak2 xsihat..tq fr sharing info mengenai anak2 demam
pss....nak tambah sket
- bab jgn selimut itu, jika mahu selimutkan kalau anak sejuk, boleh kalau nak selimutkan TAPI make sure jgn pasang kipas dan biar dia berpeluh, haba badan akan keluar dengan peluh.
- banyakkan selawat Syifa :)
cantiknya blog ni...
to all,
terima kasih atas doa.. alhamdulillah anakanda dah OK cuma tinggal selsema jer.. badan dah tak panas..
juga terima kasih bagi tips tambahan.. reaaly appreciated!
dan memang PCM kurang digalakkan.. kami pun tak beri anak2 PCM kecuali utk demam dgn suhu yang terlalu tinggi.. sekali lagi tahnk you to all!
Oh, baru terbaca pasal ni...
Harap anak-anak cepat sembuh :)
Na,
terima aksih atas doa Na.. alhamdulillah anak2 dah sembuh cuma masih selsema jer..
Post a Comment