Saturday, July 4, 2009

Sedingin Hawa Tanah Tinggi

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Terima kasih untuk abang yang akhirnya siap edit dan watermarking gambar-gambar kami masa kat Cameron Highland last weekend. Sepanjang perkahwinan kami, ini kali ketiga kami ke sana dan alhamdulillah sebuah percutian yang cukup menenangkan, paling seronok bila dapat tengok abang dan anak-anak gembira! so let's photos talk!




















































































































































































































































































Tips :

  • Mulakan perjalanan dengan doa naik kenderaan, seeloknya baca beramai-ramai dengan anak-anak. Paling baik kalau dapat ajar anak-anak hafaz doa tersebut.
  • Bagi yang mudah mabuk sepertiku, bolehlah menggunakan Jalan Simpang Pulai, jalan sedikit elok berbanding melalui Jalan Tapah.
  • Untuk mendapatkan barangan cenderahati seperti fridge magnet, keychain, beg, bantal dll yang murah-murah, bolehlah dapatkan di Pasar Malam Brinchang pada petang Sabtu dan juga Pasar Pagi Ahad di tempat yang sama.
  • Sayur-sayur dan bunga-bunga segar yang murah pulak boleh dibeli di Pasar Kea Farm.
  • Buah strawberry yang dijual pada harga yang lebih murah selalunya kurang bermutu, jadi untuk mendapatkan buah strawberry yang bermutu eloklah beli yang sedikit mahal pada harga RM22 untuk sekilo.
  • Taman Pertanian Mardi sangat sesuai untuk anda lawati kerana ia adalah pusat setempat tanaman seperti strawberry, tomato, ros, anggur dan banyak lagi. Bayaran masuk sebanyak RM 3, RM 1.50 bagi pelajar sekolah dan percuma untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah. Sangat sesuai untuk keluarga seperti kami yang ada anak kecil.
  • Cuaca terkini di CH tidaklah sesejuk seperti dulu-dulu, hanya sedikit sejuk pada sebelah malam dan awal pagi, jadi mungkin tidak memerlukan kepada pakaian yang berlapis-lapis.
  • Bercuti bersama anak-anak kecil memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, kita perlu pandai handle anak-anak agar tidak merosakkan percutian kita. Yang pastinya perlu mengurus marah dengan betul.. Anak-anak menangis atau meragam is normal! Tak perlu hiraukan apa kata-kata orang kat kita, tak perlu malu kat sapa-sapa, janji kita dengan cara kita dan enjoy our vacation with maximum happiness dengan dikelillingi senyuman wajah tersayang!

With love,

26 komen:

a kl citizen said...

cantiknya gambar2 ni...

arryani said...

Lepas tgk gmbr, rasa mcm nak ke sana skrg jugak!!

zai said...

hmm...dah lama tak ke cameron highland, 3 tahun berturut2 ni kak zai asyik ke Genting jer sbb anak2 suka main permainan kat sana..dah tgk gambar tu terasa hujung tahun ni nak kesana pulak lah...hehehe thanks ummu utk gambar2 yg cantik

Ummu Husna said...

Salam, Tie..

Baru dapat panggilan yang lebih mesra ni, boleh ye..Kak Ina panggil Tie:) Teringat kenangan sewaktu berkunjung ke CH dua tahun lalu. Cuma tak lalu bab nak turun dari sana, Ya Allah bergelombang rasa perut dibuatnya. Walau apapun, Alhamdulillah atas kesempatan yang diberi Allah.

Terima kasih Tie atas perkongsian cerita di CH..dan gambar-gambar yang cantik tu.

suweileh family said...

Dah lama tak melawat CH. Gambar ummu sekeluarga mengingatkan percutian kami ke sana 8 tahun dulu.

Pandai anak-anak bergaya.

Dida... said...

Waaa... cantik2 nya gambar... mesti pakai camera mahal ni... :)

Gambar bilik tu pun cantik jugak...

Saya pegi CH masa rombongan sekolah dulu... tk dpt pun masuk stroberi park sbb cuaca tak elok dan jalan pun masa tu berlumpur... kecewa sgt... ingat nak plan dgn family nak gi CH bila2 dah balik Malaysia...

sitisifir10 said...

Bilakah ibu beranak empat ini boleh sampai ke sana pula yaa....

ummumishkah said...

Sis KLC,
Credit to bro Joe! :)

Sis Yan,
Jom PI CH! :)

Sis Zai,
kalau dah besar, anak2 ada idea sendiri nak pi mana kan.. kami belum pernah sampai GH, maybe coming weekend ke sana kot! :)

Sis Ina,
Boleh aje panggil Tie.. :),
memang pi CH menyeronokkan.. tapi bila ingat perjalanannya terus jer datang angin mabuk tu.. hihihi.. Kak Ina kat UK mesti ziarah tempat best2 jugakkan, apa kata share dgn pembaca? :)

ummumishkah said...

Suweilah Family,
Hihihi, nak address apa yer sis? sisi ina yer.. Nanti bila dah balik mesia, bawak anak2 pi CH pulak.. ambik angin lain selain tanah arab.. :)

Dida,
DSLR tua jer dida, itulah second wife bro joe.. hihihihi
yer, nanti balik blh ajak family ke CH! Tapi vacation dida kat sana lagi best, dapat buat ibadah.. :)

SitiSifir,
Bila2 masa boleh pergi.. anak2 bukan halangan kan? bolehlah pujuk2 abahnya ituu.. :)

sitisifir10 said...

UmmiMishkah,
Saya rasa gambar2 yg cantik ni bole masuk contest BaiBoo Facebook Group Contest..boleh search kat Facebook sbb dia punya T&C mcm ni :

RULES & REGULATIONS
1. This contest is only open to members of the BaiBoo Facebook Group.
2. Only 1 entry per member.
3. The blog entry must be a post published within the contest period.
4. Entries can be in English or Bahasa Malaysia.
5. The contest period is from 3 July – 12 July 2009.
6. One winning entry will be selected and announced in the BaiBoo Facebook Group, and winner will be invited to collect the prize from BaiBoo’s office in Kuala Lumpur.

Tie said...

Uwaaa.... memang selalu dengar tentang strawberry park ni, tapi tak tahu bila boleh pergi..

Beruntunglah.. dapat pergi bersama keluarga tersayang...

kakyong said...

foto seme lawo2..
setakat ni sejak ade anak2 ni belum lagi penah ke Cameron.. tingin gak nak ke sana, tp keta kami tu semput manjang, tu pasal payah nak jln jauh.
thn lepas dpt g KL pun sbb adik ipar ke Lubnan, so kami guna keta dia..
tp kalo dpt g dgn anak2 mesti lain suasana nya.. seronok tgk gelagat anak2..

ummumishkah said...

siti,
thanks for the info.. akan ku surfing nanti.. :)

kak tie,
boleh lah ajak2 cik abe gi CH tu.. :)

kak yong,
yup! dgn anak-anak ni lain sikit meriahnya.. cam2 gaya.. tinggal parent nak kena sabar jer sikit.. :)

patahati said...

picture yang manis, jadi singgah disini nak kasih koment, salam jer...

Mummy Hanan said...

Salam UM,

Hermmm, betullah org kata, dari gambar dapat menceritakan sesuatu..... suka tengok anak2 awak suka ambik gambar...cantik dan bersahaja...nsya allah nanti klau sya pegi KL, nak ke sana pulak....
Kalau Hanan sya, dia akan cakap kat sya, "mummy nie nak ambik gambar sja..."hehehe

ArPeGGiOS said...

serius....
cantik gambar-gambar tu...

UmmiKhayra said...

Salam,

Family saya pun suka bercuti kat cameron. Sebab tempat tu best. Sejuk n sedap mata memandang. Hehehhehe

ummumishkah said...

patahati,
selamat datang! :)

mummyhanan,
CH sgt best lagi menenangkan.. jom la dtg sini! :)

arpeggios,
terima kasih, photographer nak kena pantas utk pastikan tak ketinggalan shot menarik.. :)

UK,
memang best kat cameron highland, kami dah jadikan vacation tahunan ke CH.. :)

Mama-Danish & Sarah said...

jelessssnya kak.... entah bila la ain nak sampai ke sana.

MaDihays{Ida} said...

cantiknya gambar2 tu, rasa cam teringin pula nak pergi sana.

tapi yang paling saya suka adalah tips supaya mengawal marah dan sabar layan kerenah anak tu, memang sangat mencabar. TQ ye!

Ummi Salsabila said...

wa..akk fmily da pi cameron? kami pun pnh duk hotel tu..
cantik2la pics.sape snap?
using dslr ke?

ummumishkah said...

Mama Danish Sarah,
Apa lagi sis! Matta bulan Sept bolehlah pilih pakej yang mana sesuai! :)

Madihays{Ida},
Bolehlah plan ke Ch.. :)
pasal tips tu, kita yg ada anak berderet ni tahulah camne keadaanya kan.. sbb tu kena pandai urus marah, kena tingkatkan sabar.. :)

US,
ooo.. dah pernah ke strawberry park yer! Gambo2 tu semua ambil sendiri jer US.. yer guna DSLR, kami punya yang murah jer, tak delah sampai 5 angka.. nanti US blhlah beli DSLR.. ambik gambo puas hati! :)

Wardatul Shaukah said...

salam kak ummumishkah. cantiklah gambar2 ni. enjoy tgk :)

ummumishkah said...

WS,
ambik gambo kenang-kenangan keluarga.. :)

Sasha said...

nice pics... soo lovely... Sha pun dah rindu nak gi cameron Highland... rasa nyaman & tenang je... cuaca pun mmpengaruhi mood kita, kan?...

Enjoy our vcacay according to our own way!! totally agree with u!

ummumishkah said...

sasha,
blh lah ajak bro hazrin ke sana.. memang tenang aman damai kat atas tu dan sekali lagi kita enjoy dgn cara kita! :)

Blog Widget by LinkWithin