Saturday, July 11, 2009

Mengurus Marah

Bismillah al-Rahman al-Rahim

2,3 hari lepas ada sesuatu yang telah menimbulkan marahku.. sudah tentu bukan anak-anak atau abang tetapi di tempat kerja.. kerana kita ni orang Melayu ramai di kalangan kita susah untuk menyatakan marah kita, akhirnya kita pendam dan akhirnya ia akan berlarutan hingga berhari2. Marahku setakat dalam diri sahaja, tak delah sampai ke tahap nak mengamuk2 ke apa ku cuma yang menjadi mangsaku mestilah abang.. ku ceritakan segalanya tentang perkara yang telah menimbulkan kemarahanku itu.. alhamdulillah abang memang pendengar yang baik!




Cuma bila dah melangkau sehari lebih, hati mula berfikir kenapa aku masih fikirkan tentang kemarahan tersebut, dan teringat kepada tips yang aku perolehi semasa mengikuti kursus bagaimana menjadi isteri dan ibu cemerlang bulan lepas (maaf.. sesungguhnya saya terlalu banyak berhutang info dengan semua.. selepas kursus tu, byk lagi talk dan seminar yg saya ikuti, tetapi belum sempat saya berkongsi info), semasa slot Ustaz Roslan dari UM dia ada berikan tips untuk mengawal kemarahan sebagaimana berikut :

7 langkah mengawal kemarahan

  • Jika marah dalam keadaan berdiri, seeloknya cuba duduk
  • Segera beredar dari tempat tersebut
  • Cari tempat yang boleh bersendirian seketika
  • Tarik nafas perlahan-lahan dan beristighfar
  • Sejukkan badan dgn berwudu'
  • Muhasabah kepada punca kemarahan
  • Cari jalan penyelesaian untuk pulihkan hubungan
Pernah terbaca tips ni sebelum ni tapi dah lupa samada dari buku atau internet atau mungkin talk.. jadi tak boleh nak letak sumber dari mana dapat tips ni cuma masa kursus tu sekali lagi refresh dari Ust Roslan, apa-apapun memang cukup elok kita amalkan tips di atas untuk mengelakkan nafsu marah menguasai diri kerana bila dah menguasai diri kita akan hilang pertimbangan dan segala tindakan tidak lagi datang dari pemikiran yang waras. Sebab tu banyak pergaduhan, pertelingkahan, permusuhan, penderaan, hatta pembunuhan yang berlaku yang puncanya adalah kemarahan. Sungguh besar kesan negatif dari rasa marah ini... Begitulah bahaya marah yang tidak dikawal.. marah adalah normal kerana kita adalah manusia biasa cuma perlukan kawalan dan diurus dengan betul, kerana itu dalam psikologi ada apa yang dikatakan debagai pengurusan marah. Teringat masa sekolah dulu ada beli satu poster yang ku ingat sampai sekarang iaitu poster yang tertulis 'sesungguhnyan marah itu bermula dari kebodohan dan akan berakhir dengan penyesalan'. Betul tak?

Marah yang tidak dibendung akan membawa kepada perkara-perkara yang negatif. Benarlah anjuran Islam berkaitan dengan marah sebagaimana dalam al-Qur'an dan juga al-Hadith :

Firman Allah SWT

Orang2 bertakwa ialah orang yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. dan Allah mencintai orang yg berbuat kebaikan.

(Al-imran:134)


Nabi SAW bersabda bermaksud :


Sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari.

(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)


Tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan.

(hadith riwayat Abu Daud)


Moga-moga kita tergolong dikalangan mereka yang pintar mengurus marah. Pengurusan marah amatlah penting kerana rasa marah ini sering datang tanpa mengira apa status kita.

Alhamdulillah, anakanda semua dah kebah dari demam cuma tinggal saki baki selsema yang jugak sedikit menganggu tidur mereka.. kesian tgk anak2 tak selesa.. tapi camtu lah sebagai mama nak kena hadapi semua tu. Juga terima kasih untuk doa semua... amat2 menghargainya.. Sekarang ni kami berlima di Genting Highland, petang semalam bertolak dari Gombak, inshaAllah akan menghabiskan hari minggu dua malam di sini, berehat dan bersantai bersama teman dan mungkin sesuai kami namakan hari minggu kali ini hari minggu bersama teman.. kerana sebenarnya ke sini atas ajakan baba dan mama akeef, dah selalu menolak ajakan mereka sebelum ni dan kali ni ada ruang dapatlah join mereka bercuti.. menginap di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, nice condo dan udara kat luar pun sangat baik... so lovely! Sangat sesuai untuk kuhabiskan bacaan buku Chicken Soup for the Mother & Daughter Soul. Pagi ni belum keluar ke mana-mana lagi, anak-anak dah sibuk mengajak ke kolam tu... tadi breakfast nasi himpit kuah kacang bersama daging dan ayam goreng special hasil tangan mama akeef. Sedap lah sis Sue! :)

With love,

14 komen:

zai said...

Salam Ummumishkah,
Benar kita harus bijak mengawal rasa marah itu krn ia sebenarnya adalah tercipta dari api dan syaitan berasal dari api jadi utk menyejukkan sebaik2nya ambillah air sembahyang dan bersembahyang sunat dan banyakkan beristigfar.. insyaAllah akan hilang...sesungguhnya kita bertuah seandainya dikurniakan pasangan yg dapat menjadi pendengar yg baik sewaktu kita berada didalam keadaan yg kusut..sesungguhnya tiada insan yg sempurna didunia ini..Memaafkan itu adlah lebih baik dari terus menyimpan dendam..

NuR said...

salam...

ummumishkah..
lama nur tak ke sini.. rindu pula nak baca nukilan akak.. sgt menarik. em.. nur kalo marah, mesti kena buat keje umah. especially buat benda yg leh sental2 sumer.. cuci lantai ke basuh baju ke.. sbb bila tgk lantai/baju tu bersih, tetiba rasa happy.. huhu.. lepas geram mcm tu. agak2 nya ummumishkah, sesuai ke?

Tirana said...

Siapakah orang yang paling kuat di antara kita? Tentulah orang yang boleh mengawal kemarahannya.. Perlu bagi kita untuk belajar mengawal kemarahan.

DAMAI said...

salam percutian ummumishkah dan keluarga...selamat bergembira ya ^^

a kl citizen said...

selamat bercuti...

ummumishkah..

ada award di blog saya untuk ummumishkah... datang ambil ya

ummumishkah said...

kak zai..
betul tu kak.. marah is normal tapi cara kita mengawalnya akan menukarnya samada kepada negatif atau positif..

nur..
bestnyer buat nur marah.. hihihihi, nanti kemasa satu rumah.. kalaulah cara tu boleh akak applykan, tak de lah bersepah rumah kami ni.. hihihihi

sis tirana,
yer kak.. memang wajib!

ummumishkah said...

damai,
mungkin bukan percutian yang sebenarnya.. sbb kami hanya disekitar awana ni sahaja.. berehat, santai2... tak naik atas pun.. :)

KLC,
terima kasih.. nanti akan diperuntukan satu waktu utk kutip awards.. :)

Dida... said...

Salam Kak..

Moga percutian hawa sejuk ini akan menyejukkan hati akak yg sedang membara itu.. toksah difikirkan lagi barang yg lepas...

Berdiam diri itu adalah lebih baik drpd kita mengekspresikan marah kita.. dan sesungguhnya itu hanyalah ujian dari Allah.. moga akan akan sentiasa kuat & tabah menguasai sifat marah...

Selamat berhujung minggu... have fun!

Biarlah rahsia said...

wahh bestnya dpt pegi genting...
kerap jugak yea Tie pegi bercuti...
seronoknya klu kami pun blh buat gitu...tp ms kami tk mengizinkan...

Bie pun klu marah...pendam sorg2 laa...especially klu hal di pejabat...setakat lepas geram dgn cik abe kat rumah..itu aje laa...

Bie mmg akan elak dr berkwn atau berurusan dgn org yg mudah naik angin...
mmg perasaan tu sgt2 tak best...tp ms tu lah kita mendidik hati supaya lebih bersabar kan.

Na Shari said...

Alhamdulillah...

Setiap kali marah...memang Na akan buat semua tips tu...

Lepas tu rasa lega sikit...

Dan selalunya Na memang luah kat Jas. Dia pun pendengar yang baik juga...:)

Mama-Danish & Sarah said...

orang kata jangan suka marah2, nanti lekas tua... ikutkan perasaan marah pun boleh nendedahkan kita kepada sakit jantung... perasan tak, bila nafsu amarah datang jantung pun berdebar-debarkan?

selalunya bila rasa nak marah ain praktikkan tarik nafas dalam2. sesambil tu beristigfar... kalau mcm tak hilang jugak, baru la ambil wudu'...

ummumishkah said...

Dida..
terima kasih.. alhamdulillah dapat menikmati udara dingin di awana.. tak naik GH pun.. sekadar di awana jer.. memang berehat dan bersantai bersama teman... dan inshaAllah marah saya sorang2 jer, tak der lah sampai mengamuk2.. hihihihi

Bie,
InshaAllah setakat masih ada ruang utk bercuti.. ni kat awana berehat dan bersantai.. tak naik GH pun..
samalah kita bee.. selalunya akan elakkan diri dari org yang mudah marah... tak selesa!

Na,
Baguslah kalau dapat amalkan semua tu.. dan bertuah kan kita dapat teman yang setia mendengar apa sahaja dari kita! :)

mamadanish,
alhamdulillah kalau dapat kita kawal rasa marah tersebut.. rasa marah ni tak leh lari sebenarnya..

kakyong said...

marah...
hmm ade masa boleh buat derk & tak amik port..
gamaknya betui lah kan, kalo disimpan2, lelama meledak gak dia... tu yg jd jiwa kaco tu...

thanks for the tips... good refreshment.. :)

ummumishkah said...

kak yong...
yer lah kak yong, lama2 dipendam mana tak meletup nya.. sebab tu kena jugak berani berterus terang cari jalan penyelesaian...

Blog Widget by LinkWithin