Hari ni nampaknya murah rezeki sungguh.. pagi2 member ajak makan roti cicah serawa durian, lepas tu kul 10.30 ada demo dari vendor online database, menarik sekali cara presentation mereka.. mereka berjaya menghidupkan suasana.. cukup ceria jadinya kami.. siap ada hadiah dan untuk kuiz aku berjaya dapat tempat pertama.. dapatlah sticky notes, coklat cadbury, pen dan gula-gula. Seronoklah kan dapat hadiah walaupun mungkin tidaklah sebegitu grand. Atas nama hadiah sahaja ia sudah cukup untuk membuatkan aku gembira.
Dah habis demo kul 12.30.. kembali ke ofis aku.. tengok atas meja ku ada parcel... buka2 rupanya hadiah contest model bertudung sebagaimana dalam entri ini bulan lepas. Alhamdulillah penyertaan anakanda Fajar membawa tuah kerana berjaya menjadi juara untuk kategori kanak-kanak. Terima kasih ummie MiraHaziq untuk hadiah-hadiah kat bawah ni.

Tudung-tudung ni sebenarnya tudung untuk dewasa tetapi anak-anak jadi model memandangkan mamanya kurang komersil untuk jadi model.. hihihihi. Apa-apa pun seronok sangat dapat hadiah!
Belah petang pulak dapat merasa macam2 makanan pemberian rakan sekerja.. murah rezeki betul hari ni... 3 minggu lepas pula dapat hadiah ni dari ummu salsabila.. salah seorang kawan blogger yang aku gelar sahabat dan seolah-olah aku telah lama mengenalinya. Terima kasih yer bie.. bertuah sangat rasanya dapat kenal bie. Nice to know you.... Dan sekali lagi sudah pastilah gembira dapat hadiah!
Indahnya konsep memberi dan menerima ini...pemberi memberikan dengan seikhlasnya dan penerima pula menerima dengan seadaanya. Cara ini akan lebih mengeratkan kasih sayang sesama insan terutamanya dalam perhubungan suami dan isteri. Dan Islam sendiri dengan kesyumulannya cukup menitikberatkan perkara ini sebagaimana hadis Rasulullah SAW :
With love,

tudung 1
tudung 2

" تهادوا تحابوا"
"Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kerana hadiah itu akan membuatkan kalian saling mencintai. "
Benar.. seruan ini sesungguhnya amat tepat untuk kita. Aku sendiri sekiranya menerima hadiah walau sekecil-kecil hadiah cukup gembira dan berterima kasih kepada yang memberinya.. dan cukup-cukup menghargainya. Dan amat sesuailah sekiranya konsep adab islam ini kita amalkan dalam kehidupan seharian.. Dalam hubungan kekeluargaan dan persahabatan.. hadiah mampu mengembirakan keluarga dan teman-teman kita.. lantaran itu ia mempunyai kuasa yang hebat untuk kita menghargai sebuah persaudaraan dan persahabatan dan dalam masa yang sama hubungan kita semakin erat. Tidak bermakna kita perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk tujuan memberi hadiah.. cukuplah mungkin dengan sepotong kuih tetapi yang penting ialah keikhlasan dari lubuk hati kita.
Selain itu alangkah baiknya kalau kita dapat memberi pada yang memerlukan.. seeloknya kita menderma secara berkala, maksudnya mungkin kita boleh tetapkan jumlah tertentu yang boleh kita sumbangkan setiap bulan untuk mereka yang memerlukan., bantulah mereka mengikut kemampuan kita.. bukan semua orang bernasib baik seperti kita yang cukup makan minum, pakai dan dapat menikmati hidup dengan sempurna.. ramai yang masih tidak bernasib baik di luar sana.. kitalah yang perlu membantu mereka bagi mengurangkan sedikit beban mereka... mana tahu dengan bantuan kita boleh membuatkan mereka senyum girang.... di samping dapat meringankan beban mereka sesungguhnya amal jariah ini boleh menjadi bekal buat kita tatkala bertemu dengan Allah Taala di hari pembalasan kelak.
Juga seruan Rasulullah di atas perlu kita amalkan dalam dalam muamalat kita seharian lebih2 lagi dengan suami atau isteri kita sendiri. Bukan bermakna hadiah.. hadiah yang tinggi kosnya. Sebuah senyuman ikhlas sudah cukup untuk mengeratkan kasih antara kita. Sebuah pertolongan ikhlas sudah mampu membibitkan perhubungan mesra antara suami dan isteri.
Dan sepanjang enam tahun perkahwinan kami ini, abang tidak pernah meminta apa-apa dariku. Hatta segelas air pun tidak pernah diminta untukku membuatnya. TIDAK PERNAH!! Dan aku sendiri tidak pernah mengharapkan apa-apa dari suamiku dari segi kebendaan material, wang ringgit, emas permata, pakaian yang indah-indah atau apa sahaja permintaan kecuali nilai untuk maharku dan sudah pastinya aku meminta jiwanya. Tetapi kami saling memberi dan menerima dengan menjalankan tanggungjawab kami, memahami hak isteri untuk suami, memahami hak suami ke atas isteri. Alhamdulillah keperluan kami dapat dipenuhi dengan seadanya walaupun nyata sekali tidak semewah orang lain kerana kemewahan bukanlah matlamat kami. Amat jauh sekali perkataan tersebut dari kehidupan kami. Cukuplah kesederhanaan melingkari hidup kami sekeluarga.
Nyatanya, sungguh indah rasanya bila saling memberi dan menerima.. tanpa perlu mengarah-arah atau menyuruh-nyuruh. Masing-masing mengetahui peranan masing dan sama-sama bertolak ansur. Dan begitu jua kita perlu menerima seadanya kelebihan atau kekurangan pasangan kita tanpa ada rasa jengkel atau perasaan pelik. Memang!! Mulanya sedikit sukar untuk menerimanya tetapi andai kita benar-benar menghayati konsep memberi dan menerima ini, segalanya menjadi begitu mudah dan kemanisan tersebut hanya hati yang dapat merasainya.

20 komen:
seronoknya dpt byk hadiah! tp mmg betul pun...kalau kita terima hadiah seadanya..dh cukup buat kita gembira wpun hadiah tu tak sehebat dan semahal mana ;)
Salam kak..
Mcm tak pcy pulak bila baca yg suami akak x pernah mintak dibuatkan air... maaf... jgn kecil hati.. tp betullah.. jrg ada suami mcm tu.. untung akak dpt suami yg understanding...
Alhamdulillah.. murah rezeki akak ya hari ni.... moga rezeki akak sekeluarga sentiasa murah...
Terasa jugak nak menyampuk kat sini boleh kan?..UmmuMishkah nih tak nanti saya suruh baru dia nak buat..kami faham tanggungjawab masing2..sebab tu saya tak suka mengarah atau menyuruh. Lagi satu prinsip saya, ibarat kata org kelantan "tak suka jadi anak agung". Maka dalam banyak hal yg remeh2 spt buat air atau lainnya..saya suka proceed sendiri..ummumishkah proceed benda lain yer ehehe
hehehe..lucu baca komen husband ummu..apapun Allah tu Maha Kaya dan Maha Adil..Dia menjadikan setiap pasangan tu mmg dah sama cantik dan sama padan, cuma kita manusia jer saling tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan.. Apappun mmg Ummu dan Hubby mmg sama2 bertuah kerana saling memiliki, memahami dan menyayangi..
Alhamdulillah murah rezeki akak dgn anak-anak. Seronoknya.. ;)
nadiah,
betul tu nadiah.. kalau dapat hadiah ni memang sgt seronok kan.. begitu juga kita yang memberi ni kalau dapat bagi hadiah kat orang datang satu rasa puas kan?
Dida,
Alhamdulillah murah rezeki... moga dida pun begitu.. pasal tak caya tu blh tgk jawapan abu mishkah kat bawah kay! hihihihi
kak Zai,
alhamdulillah kak.. semua tu rezeki kan?
wardah,
alhamdulillah.. moga wardah pun dimurahkan rezeki! :)
Wargh...mesranya ummumishkah and abu mishkah.. hehehe.. Sama laa.. hubby sha pon ringan tulang buat keja umah.. so, tak der term kerja orang pompuan atau laki.. sama2 buat.. walaupon dia balik lewat and terpaksa on call betolkan machine.. sbb machine pon macam orang jugak, sakit tak ikut waktu... "APA YANG PENTING KERJASAMA :)"
pasal hadiah.. memang sronok dapat hadiah walaupon sekecil mana pon..macam akak kasik fridge magnet tu.. rasa macam diingati and disayangi jerk.. :) thanks a lot..
sedap kan kak cicah roti ngan serawa durian..murah rezeki anak akak..menang contest
sha,
alhamdulillah dapat suami yang ringan tangan ni.. :) dan memang seronok kan kalu dapat hadiah.. :)
naurah..
memang sedap serawa durian.. malm ni nak buat sendiri ah.. blh makan puas2.. hihihi
Akak dah agak dah...sure si tomey tu menang punya.
Suami akak selalu minta milo....bukan apa...nak manja ngan isteri...haha.
tahniah ummumishkah..
dpt hadiah, dpt kawan... Alhamdulillah.
mesti gembira spjg hari ni... :D
kak asyiq,
orait ah tu akak.. nak bermanja, eratkan kasih sayang.. :)
kak yong,
terima kasih sis... kak yong pun sahabatku! :)
kak asyiq,
orait ah tu akak.. nak bermanja, eratkan kasih sayang.. :)
kak yong,
terima kasih sis... kak yong pun sahabatku! :)
Alhamdulillah...murah rezki ummu.Kita pun tumpang gumbira tgk ummu dpt hadiah.Mmg syok dpt hadiah ni.Kecik ke besar ke,mahal ke murah ke,asal namanya hadiah + free mmg bestlah.
Satu perkara yg saya byk belajar adalah bila kita memberi dgn seikhlasnya tnpa pernah trlintas utk dpt balasan,(sbb kdg2x ada gk pernah saya trlintas nk balasan hehehe,maklumla insan biasa kn),PASTI Allah balas dgn lebih lagi dlm pelbagai bentuk.Cuma lambat atau cepat je.
Moral of the story....selalulah memberi dgn seikhlas-ikhlasnya sebab dalam setiap rezki yg kita dapat ada juga hak org lain di dalamnya.Ye tak?
murahnya rezeki UM sekeluarga... tahniah utk Fajar... byk dapat hadiah yea...
Sha suka baca n3 UM... mesti ada selitan kisah2 yg boleh dijadikan tips dalam melayari kehidupan berumahtangga... lebih byk memberi... lebih byk yg juga datang kepada kita... kan?...
sungguh terkesan sekali dgn tulisan Tie kali ni...
huhuhu..kena bersihkan lg hati bie ni...supaya ikhlas spt Tie...
bie ni kdg2 tu termerungut juga certain2 bab dgn cik abe...
biasa laa manusia ada lebih ada kurg...so kena tutup mata tang kekurgn dia tu br kita tk merungut kan dan ikhlas dlm menjlnkan tanggungjwb sbg isteri, ibu, ank dn menantu.
Hanis,
Memang ikhlas penting kalau tak ikhlas sia-sia jer kan?
Sha,
alhamdulillah.... moga2 sha pun sentiasa murah rezeki!
"lebih byk memberi... lebih byk yg juga datang kepada kita... kan?" -- ni memang sgt betul sebab kami dah banyak kali bila memberi sesuatu kat org beberapa jam selepas itu dapat jugak sesuatu dari orang .. kekadang dlm jumlah yang sama.. jadinya duit yg kita keluarkan terus diganti Allah sebenarnya.. tak rugi memberi ni.. :)
bie,
mula2 dulu tie selalu gak merungut.. tetapi lama2 dah boleh terima kekurangan masing2, pas tu rasa buang masa jer merungut2 ni... inshaAllah hidup pun aman damai.. tak der sape yg sempurna kan?
Post a Comment