Seminggu tanpa entri baru! Tiada sebarang alasan kukuh yang boleh kusandarkan untuk seminggu tanpa entri ini kerana tidak dicengkam sebarang kesibukan, juga alhamdulillah kesihatan seperti biasa ah, on and off, sesuailah dengan kandungan yang masuk bulan kelima ni... cuma mood yang tidak datang berkunjung, sekadar membuka blog tanpa sebarang catatan. Seperti minggu2 yang lepas, sepenuhnya kami manfaatkan untuk anak-anak lebih2 lagi di hari minggu. Syukur! Nature kerjaya kami berdua tidak mengheret kami untuk bertugas sehingga malam atau terpaksa membawa balik kerja ofis ke rumah hingga menganggu hari minggu kami. Kami selesa dengan nature yang sebegini sesuai dengan status aku yang bergelar mama untuk 3 permata hati kesayangan. Tetapi 'kalau' dapat bergelar full time SAHM rasanya mungkin lebih membahagiakan. Harapanku sebelum melangkah ke usia 40-an, akan tercapai hasrat ku untuk menjadi SAHM kerana waktu itu anak-anak kami akan menginjak ke usia remaja.. tahap kritikal pada perkembangan anak-anak yang memerlukan perhatian yang lebih dari seorang ibu.
Dan perjalanan ke arah itu sebenarnya memerlukan kepada sebuah perancangan yang seteliti dan serapi mungkin dari kami. Perancangan yang sempurna.... kerana semua itu memerlukan kepada sumber kewangan yang kukuh untuk kami tampung keperluan hidup kami sekeluarga terutamanya di zaman ini.. semua pergerakan memerlukan duit! Dan untuk itu kini kami memulakan langkah pertama kami... mencuba rezeki di dalam bidang keusahawanan.. mungkin belum layak untuk bergelar usahawan tetapi hari ini alhamdulillah kami menerima stok pertama kami setelah membuat keputusan untuk mengambil risiko bergelar stokis HR Marketing sebuah syarikat yang mengeluarkan produk susu kambing setelah menjadi pengguna produk ini. Moga langkah kecil ini menjadi suatu titik permulaan kepada sebuah kejayaan.

Sebenarnya.. my first degree was in Business Administration, tetapi kerana tidak mahu meninggalkan bidang ilmu dan sentiasa dekat dengan informasi, ku menyambung study dalam library science.. seketika berada dalam dunia librarianship ini cukup menggembirakan dan sesuai sekali dengan jiwa ini tetapi memang benarlah hidup ini memerlukan kepada pencapaian dan kepuasan diri! Ada jer yang rasa tak cukup dalam hidup ini kan?? Walaupun berlatarkan pendidikan dalam business, mengapa tidak aku libatkan diri dalam perniagaan sedari awal?? Jawapannya... I'm not so strong in marketing... satu kemahiran yang amat diperlukan untuk sebuah perniagaan selain dari pentadbiran yang mantap.. mungkin atas sebab itu baru hari ni berani mula menjinakkan diri dengan keusahawanan... bermula dengan kecil-kecilan dahulu, yang penting perlukan usaha dan pastinya memerlukan sokongan padu dari teman hidupku, suami tercinta. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, abanglah penyokong paling setia untukku.. terima kasih my dear!
Dan semestinya blog ini akan ku jadikan satu medium untuk ku promosikan produk HR ni.. Mungkin produk ini sesuatu yang anda cari2 selama ini. Setelah mencubanya sendiri kami tahu produk ini begitu sesuai untuk kami sekeluarga.. anda bila lagi?? Inginkan info lanjut mengenai produk ini hubungi :
With love,